Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

default

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan.

Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau, pasti faham mengapa ramai menggambarkan suasana solat seperti berada di Masjidil Haram. Suara beliau yang merdu dan penuh penghayatan benar-benar membawa kita menyelami keindahan bacaan dalam solat. Ketika bulan Ramadan tempoh hari, jadual Ustaz Shukri cukup padat sehingga tidak berkesempatan bersama kami untuk solat tarawih. Justeru, kami berbesar hati menjemput beliau untuk memimpin solat Aidilfitri kali ini.

Manakala bagi khutbah Hari Raya, seperti tahun-tahun sebelumnya, kita mengekalkan tradisi istimewa — tok khatib import. Ya, beliau sering digelar sebagai “khatib import Korea” oleh warga MADAD kerana wajahnya yang cerah dan seakan-akan berasal dari Korea. Namun, jangan tertipu dengan penampilan — beliau cukup fasih dalam menyampaikan khutbah yang menyentuh hati, dengan gaya penyampaian yang bersahaja tetapi penuh mesej dan hikmah. Penampilan luaran mungkin ‘celup tepung’, namun disiplin dan ketegasannya tetap mengikut ‘spesifikasi JPJ’ – kemas, teratur, dan berwibawa.

Kami menjemput seluruh jemaah dan komuniti setempat untuk bersama-sama menyertai solat Hari Raya bersama kami. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan, mengeratkan silaturahim dan menjadi medan kesyukuran setelah sebulan berpuasa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Saksikan video penuh melalui pautan di bawah:
https://web.facebook.com/share/v/16EdC3yN6W/

LIVE STREAMING TAKBIR RAYA MADAD, tekan link pautan di bawah:
https://web.facebook.com/share/v/1HtiKdERe4/

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rezeki Perlumbaan dan Hikmah Sebalik Usaha

Kali ini, rezeki tidak menyebelahi adik Faris dalam kategori 80km endurance. Dalam pusingan lalu, abang Fateh pula terpaksa akur dengan keputusan disqualified (DSQ). Beginilah adat permainan — kita boleh usaha sebaik mungkin, tetapi jika belum rezeki, tetap juga tidak akan lepas. Perlumbaan kali ini memang mencabar. Seramai 10 orang anak tahfiz turut serta dalam kategori

Kuliah Dhuha Tetap Meriah, Meskipun Dalam Kesibukan Rumah Terbuka Aidilfitri

  Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan. Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.