Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal

Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi

Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Khalis sepanjang berada di Akademi Tahfiz Bola MADAD.

Tahun ini merupakan kali pertama kami berpeluang menghadiahkan pakaian raya kepada semua anak-anak tahfiz MADAD. Kebetulan, ada seorang sahabat yang ingin turut serta memberi sumbangan. Khalis antara yang paling teruja. Beliau meminta awal pakaian rayanya kerana ingin membawanya pulang ke kampung. Pada asalnya, pakaian-pakaian tersebut dirancang untuk diberikan selepas Hari Raya semasa Rumah Terbuka MADAD. Namun, hati ini cukup lemah apabila anak-anak ini memohon dengan penuh harapan — akhirnya kami berikan juga, demi melihat kegembiraan mereka menjelang Syawal.

Kini, pakaian raya yang kami berikan itu menjadi kiriman terakhir Khalis sebelum kejadian malang itu berlaku. Sungguh memilukan, namun kami redha dengan takdir Ilahi.

Walaupun baru kurang setahun bersama kami di Akademi Tahfiz Bola MADAD, Khalis telah menunjukkan perubahan luar biasa. Dari seorang remaja yang datang dengan latar belakang “kosong” dalam hafazan, beliau berjaya menghafal banyak ayat Al-Quran dalam tempoh 11 bulan sahaja, sambil aktif dalam bidang sukan. Semangat, disiplin, dan cintanya terhadap ilmu sangat menginspirasikan kami semua.

Kami berdoa agar setiap huruf yang dihafal oleh Khalis menjadi cahaya meneranginya di alam sana. Moga Al-Quran menjadi teman setianya dan syafaat yang menarik tangan ibu bapa, ahli keluarga serta para asatizah yang mendidiknya ke syurga kelak.

Ustaz sayang Khalis Nuqman. Rehatlah, anak syurga.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rezeki Perlumbaan dan Hikmah Sebalik Usaha

Kali ini, rezeki tidak menyebelahi adik Faris dalam kategori 80km endurance. Dalam pusingan lalu, abang Fateh pula terpaksa akur dengan keputusan disqualified (DSQ). Beginilah adat permainan — kita boleh usaha sebaik mungkin, tetapi jika belum rezeki, tetap juga tidak akan lepas. Perlumbaan kali ini memang mencabar. Seramai 10 orang anak tahfiz turut serta dalam kategori

Kuliah Dhuha Tetap Meriah, Meskipun Dalam Kesibukan Rumah Terbuka Aidilfitri

  Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan. Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.