Maahad Integrasi Madad (MIM) mula beroperasi pada hujung Disember 2019 dan menempatkan 31 orang pelajar dari pelbagai negeri. MIM telah mewujudkan kerjasama dengan Karantina Indonesia yang menekankan teknik hafalan dalam masa singkat dan berkualiti.
Keunikkan Maahad Integrasi Madad adalah pusat pengajian yang tidak mengenakan yuran pengajian. Selain daripada itu, pelajar juga mempunyai jadual daet pemakanan khusus bagi meningkatkan daya ingatan pelajar. MIM berada pada fasa pertama pembangunan. Terkini, MIM baru menyiapkan ruang solat, bilik kuliah , tandas surau dan bilik asrama sementara.
Visi :
Menjadi institusi pendidikan terunggul dengan kaedah pembelajaran yang kreatif dan inovatif
Misi :
Melahirkan 1 keluarga 1 hufaz yang berkualiti di malaysia menjelang tahun 2030
Objektif :
1. Memberi peluang kepada masyarakat mengamalkan kaedah pembelajaran yang sesuai dan berkesan
2. Melahirkan rasa cinta terhadap al quran
3.Merangka garis masa pembelajaran pelajar dengan sistematik
Bermula tahun 2024
PERCUMA
Dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang,
kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.
Atau emailkan persoalan / aduan anda terus ke
[email protected]