Days
Hours
Minutes
Seconds

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

About

Keratan Akhbar Metro 13 Januari 2018

Baca Kisah Kami

Pengenalan MADAD

Murtadha Dakwah Centre ditubuhkan pada awal Januari 2018 di Kampung Teluk Sungai Petani Kedah dan dikenali sebagai “Pusat Dakwah Darul Murtadha”. Pusat Dakwah Darul Murtadha diasaskan oleh Almarhum Ustaz Murtadha Yusof. Beliau telah terlibat dalam kemalangan tragis semasa pulang dari Riau Indonensia yang mengakibatkan kecederaan teruk dikepala.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Januari 2018 selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Taiping, Perak. Almarhum Ustaz Murtadha Yusof meninggalkan seorang balu dan 2 orang cahaya mata yang berusia  4 tahun dan 6 tahun.

Pesanan Terakhir Almarhum Ustaz Murtadha Yusof Sebelum Meninggal Dunia

Gambar kenderaan Almarhum Ustaz Murtadha Yusof yang terlibat dalam kemalangan.

Kemudian, pusat dakwah ini disambung oleh adik beliau iaitu Ustaz Mohammad Yaakub Yusra yang mengambil alih pengurusan untuk operasi pembangunan dan Pendidikan yang sekarang dikenali sebagai Murtadha Dakwah Centre (MADAD).

MADAD kini telah 2 tahun beroperasi dengan mempunyai maahad sendiri yang menempatkan seramai 31 orang pelajar dan 5 orang tenaga pengajar. Maahad Integrasi Madad (MIM) memfokuskan hafalan dalam masa singkat yang berkualiti.

MIM telah membuat kerjasama MOU bersama Karantina Indonesia untuk penggunaan sistem dan teknik dari sana. Sedikit berbeza berbanding pusat pengajian lain, MIM tidak mengenakan bayaran pendidikan selaras dengan misi menjadikan pusat ilmu percuma.

Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, adik Almarhum Ustaz Murtadha Yusof

Selain daripada mengurus Pendidikan MIM, MADAD juga turut menyumbang tenaga dalam mengendalikan modul pembelajaran agama di Rumah Anak Yatim Che Bema yang mempunyai seramai 38 orang pelajar dan menyediakan 1 modul khas “ MUKMIN PROFESIONAL” yang berorientasikan program KAFA sekolah rendah tetapi di sesuaikan untuk pembelajaran lebih efektif untuk pelajar sekolah menengah.

Buat masa sekarang MADAD membantu menguruskan 4 buah Sekolah menengah kebangsaan biasa melebihi 700 pelajar. Program pendidikan umum turut dibuka kepada masyarakat sekitar Sungai Pentani dengan menyediakan pengajian percuma seperti Klinik Al-Fatihah dan Halaqah Pengajian Al-Quran & Fardu Ain.

Kenali Pasukan Kami

Carta Organisasi MADAD

Apa Motivasi Kami

Visi & Misi MADAD

Visi :

Menjadi pusat aktiviti gaya hidup Islam yang terkemuka dengan pengetahuan terkini dan aktiviti yang berinovatif, bertujuan memperkayakan kehidupan melalui pembangunan nilai-nilai peribadi untuk ummah menjelang 2030

Misi :

  • Menjadi  organisasi yang menyediakan pendidikan, dakwah, amal dan  sistem automasi untuk ummah yang lebih baik.
  • Menjadikan setiap individu itu menambah nilai dalam diri dan memperkasa kualiti hidup.
  • Mewujudkan organisasi pengurusan Islam yang lebih baik dengan bersistematik dan automis.
  • Menyediakan informasi terkini yang tepat dan dinamik.