Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal

Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi

Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Khalis sepanjang berada di Akademi Tahfiz Bola MADAD.

Tahun ini merupakan kali pertama kami berpeluang menghadiahkan pakaian raya kepada semua anak-anak tahfiz MADAD. Kebetulan, ada seorang sahabat yang ingin turut serta memberi sumbangan. Khalis antara yang paling teruja. Beliau meminta awal pakaian rayanya kerana ingin membawanya pulang ke kampung. Pada asalnya, pakaian-pakaian tersebut dirancang untuk diberikan selepas Hari Raya semasa Rumah Terbuka MADAD. Namun, hati ini cukup lemah apabila anak-anak ini memohon dengan penuh harapan — akhirnya kami berikan juga, demi melihat kegembiraan mereka menjelang Syawal.

Kini, pakaian raya yang kami berikan itu menjadi kiriman terakhir Khalis sebelum kejadian malang itu berlaku. Sungguh memilukan, namun kami redha dengan takdir Ilahi.

Walaupun baru kurang setahun bersama kami di Akademi Tahfiz Bola MADAD, Khalis telah menunjukkan perubahan luar biasa. Dari seorang remaja yang datang dengan latar belakang “kosong” dalam hafazan, beliau berjaya menghafal banyak ayat Al-Quran dalam tempoh 11 bulan sahaja, sambil aktif dalam bidang sukan. Semangat, disiplin, dan cintanya terhadap ilmu sangat menginspirasikan kami semua.

Kami berdoa agar setiap huruf yang dihafal oleh Khalis menjadi cahaya meneranginya di alam sana. Moga Al-Quran menjadi teman setianya dan syafaat yang menarik tangan ibu bapa, ahli keluarga serta para asatizah yang mendidiknya ke syurga kelak.

Ustaz sayang Khalis Nuqman. Rehatlah, anak syurga.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Kem Cuti Sekolah MADAD: Gabungan Ibadah, Adab & Kemahiran Sunnah

Cuti sekolah bukan sekadar masa rehat. Ia adalah window of opportunity untuk membina asas sahsiah, ibadah dan keyakinan diri anak-anak. Atas kesedaran ini, MADAD Centre memperkenalkan Kem Cuti Sekolah MADAD — sebuah program holistik yang merangkumi pembangunan rohani, disiplin diri dan kemahiran sunnah. Apa Yang Anak Anda Akan Pelajari? Kem ini direka secara berstruktur dan

Pengajian Dhuha MADAD | Allah Dekat, Kita yang Jauh

Pengajian Dhuha di MADAD Centre kembali berlangsung seperti biasa dengan kehadiran jemaah yang sentiasa dirindukan, khususnya selepas tempoh cuti. Walaupun masing-masing mempunyai komitmen dan urusan tersendiri, hubungan jemaah dengan MADAD tetap terpelihara, dibuktikan dengan kesudian mereka untuk singgah dan bersama dalam majlis ilmu yang dianjurkan. Pada sesi kali ini, MADAD Centre berbesar hati menjemput sahabat

Dakwah Kontemporari di Eropah: Keperluan Pendekatan Kreatif dan Berstrategi

Perjalanan dakwah Islam di Eropah masih panjang dan mencabar. Walaupun statistik menunjukkan peningkatan penerimaan Islam di beberapa negara Eropah, angka semata-mata tidak mencukupi sekiranya tidak disertai dengan kefahaman, penghayatan dan pengamalan yang sebenar. Hakikat ini menuntut pendekatan dakwah yang lebih kreatif, relevan dan selari dengan realiti generasi muda masa kini. Dalam konteks semasa, sukan muncul

Peranan Masjid dan Isu Penutupan Selepas Waktu Solat: Satu Renungan

Isu penutupan masjid selepas waktu solat sering menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat, termasuk di Malaysia. Namun, fenomena ini bukan hanya berlaku di peringkat tempatan, malah turut diamalkan di beberapa negara lain dengan konteks dan latar belakang yang berbeza, termasuk di Maghribi. Di Maghribi, sebahagian besar masjid ditutup sejurus selepas selesai waktu solat, dan jemaah

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.