Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

default

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan.

Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau, pasti faham mengapa ramai menggambarkan suasana solat seperti berada di Masjidil Haram. Suara beliau yang merdu dan penuh penghayatan benar-benar membawa kita menyelami keindahan bacaan dalam solat. Ketika bulan Ramadan tempoh hari, jadual Ustaz Shukri cukup padat sehingga tidak berkesempatan bersama kami untuk solat tarawih. Justeru, kami berbesar hati menjemput beliau untuk memimpin solat Aidilfitri kali ini.

Manakala bagi khutbah Hari Raya, seperti tahun-tahun sebelumnya, kita mengekalkan tradisi istimewa — tok khatib import. Ya, beliau sering digelar sebagai “khatib import Korea” oleh warga MADAD kerana wajahnya yang cerah dan seakan-akan berasal dari Korea. Namun, jangan tertipu dengan penampilan — beliau cukup fasih dalam menyampaikan khutbah yang menyentuh hati, dengan gaya penyampaian yang bersahaja tetapi penuh mesej dan hikmah. Penampilan luaran mungkin ‘celup tepung’, namun disiplin dan ketegasannya tetap mengikut ‘spesifikasi JPJ’ – kemas, teratur, dan berwibawa.

Kami menjemput seluruh jemaah dan komuniti setempat untuk bersama-sama menyertai solat Hari Raya bersama kami. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan, mengeratkan silaturahim dan menjadi medan kesyukuran setelah sebulan berpuasa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Saksikan video penuh melalui pautan di bawah:
https://web.facebook.com/share/v/16EdC3yN6W/

LIVE STREAMING TAKBIR RAYA MADAD, tekan link pautan di bawah:
https://web.facebook.com/share/v/1HtiKdERe4/

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Ramadan Menghampiri Penghujungnya: Kenangan dan Penghargaan Buat MADAD

Ramadan semakin melabuhkan tirainya, dan kini hanya berbaki dua hari sebelum bulan yang penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Hati menjadi sayu mengenangkan betapa pantas masa berlalu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan Ramadan sekali lagi pada tahun hadapan, dengan kesihatan dan iman yang lebih kuat, insyaAllah. Pada malam ini, solat tarawih di

Kenangan Indah di Masjid Madad: Bacaan Sheikh Amir dan Kebersamaan Keluarga

Malam ini begitu menyentuh hati apabila mendengar bacaan Sheikh Amir dalam solat terawih. Suaranya yang merdu mengingatkan kembali momen solat di Masjidil Haram, satu kenangan yang pastinya dirindui oleh ramai. Hari ke-10 Ramadan di Masjid Madad terus meriah dengan tradisi berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Walaupun hari bekerja, ramai yang tetap meluangkan masa untuk

Suasana Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Masjid Madad

Menikmati waktu berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat sememangnya suatu pengalaman yang amat berharga. Suasana di Masjid Madad pada waktu ini dipenuhi dengan jemaah yang datang bersama ibu bapa, pasangan, anak-anak, serta rakan-rakan. Ia menjadi satu detik kebersamaan yang mengeratkan silaturahim dalam bulan penuh keberkatan ini. Malam ini juga merupakan malam kedua dan terakhir bagi

Keindahan Tarawih di MADAD: Sebuah Malam Penuh Keberkatan

Malam ini, suasana di MADAD benar-benar dipenuhi dengan keberkatan dan kehangatan ukhuwah Islamiah. Jemaah yang hadir begitu bersemangat menunaikan solat tarawih, seolah-olah tidak mahu berhenti. Dengan keimanan yang kukuh, mereka menikmati setiap rakaat, merasakan ketenangan dan kedamaian dalam ibadah. Ustaz Fahmi Asraf bertindak sebagai imam, manakala Ustaz Hari Mulya menggalas tugas sebagai bilal, menjadikan pengalaman

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.