Days
Hours
Minutes
Seconds

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Qurban Lockdown Untuk 10,000 Asnaf

Alhamdulillah seronok dengar bila ramai terima manfaat dari program qurban lockdown yang berlangsung selama 4 hari ini. 

Semoga usaha kecil ini dapat mencukupkan keperluan dan kehidupan mereka yang serba kekurangan akibat pandemik Covid-19 yang melanda.

Awalnya kita diserang dengan pelbagai penyakit berjangkit kepada haiwan ternakan yang menyebabkan stok lembu berkurangan. Tapi atas asbab semangat dan doa-doa daripada kita semua alhamdulillah tahun ini kita berjaya sempurnakan ibadah korban sebanyak 75 ekor lembu bersamaan hampir 10,000 asnaf yang terima daging tersebut. 

10,000 asnaf yang menerima daging korban tahun ini adalah hasil kerjasama yang padu dari pelbagai pihak seperti :

  • Surau Taman Malinja
  • Masjid Arrahman Sungai Layar
  • Surau Kg Teluk
  • Wakil Kawasan Kg Keda Tok Pawang
  • Malaysian Relief Agency
  • Balai Bomba Sungai Petani
  • Wakil Kawasan Kg Jerung
  • Surau Taman Semarak
  • Surau Taman Songket
  • Kem Angkatan Tentera Malaysia Kolam Air
  • Maahad Tahfiz Annur
  • Smart Tahfiz Darul Bayan
  • Sekolah Kebangsaan Sultan Muzaffar Shah Merbok
  • Surau Taman Delima
  • Surau Kg Pengkalan Lebai Man
  • Masjid Kg Jawa
  • Wakil Raudhah Muhibbin Baling
  • Masjid Permatang Berangan
  • Persatuan Nelayan Kuala Muda
  • Dewan Ulama Pas Sg Petani
  • Pemuda Pas Sg Petani
  • PKWR Merbok
  • PKWR Kuala Ketil
  • PKWR Tanjung Dawai
  • PKWR Pantai Mer

Terima kasih pada yang selalu doa dan sokong projek yang dianjurkan oleh MadadCare. Semoga Allah memudahkan urusan dan sentiasa merahmati dan memberkati semua. 

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rombongan Madad – Lawatan dari Masjid Al Abrar, Kubang Gajah, Perlis

Alhamdulillah, hari ini kami mendapat kunjungan dari saudara kita di Masjid Al-Abrar dari Perlis. Jauh depa mai! Kami dari pihak MADAD ucapkan banyak-banyak terima kasih sudi bertandang ke MADAD dan diharapkan ini bukan kunjungan yang terakhir. Maafkan juga salah silap dan kekurangan dari team kami sepanjang anda semua berada di sini. Jemputlah mai lagi naa! 

Kuliah Dhuha – Madad ‘culik’ Ustaz Haslin Baharim

Alhamdulillah, sempena kehadiran Ustaz Haslin Baharim ke Sungai Petani, sempat juga beliau bertandang  ke MADAD pagi ini – atas pelawaan Ustaz Yusra. Sporting Ustaz Haslin pagi ini selepas ‘diculik’ untuk beliau sampaikan Kuliah Dhuha. “…..we have to prepare something today!” Petah Ustaz Haslin cakap English dalam pengisian berkaitan Persediaan Menghadapi Kematian. Jom kita dengar Kuliah

Rombongan Madad – Lawatan dari Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star

Alhamdulillah, hari ini kami mendapat kunjungan dari pelajar-pelajar dari Kolej Sultan Abdul Hamid. Meriah sungguh suasana di Masjid Madad hari ini. Kami dari pihak MADAD ucapkan banyak-banyak terima kasih sudi bertandang ke MADAD dan diharapkan ini bukan kunjungan yang terakhir. Maafkan juga salah silap dan kekurangan dari team kami sepanjang anda semua berada di sini.

Madad Festival – Hari Keenam : Haruman Syurga Di Palestina

Alhamdulillah, hari ini berlangsungnya kuliah yang bertajuk Haruman Syurga Di Palestina, sebagai antara pengisian MADAD Festival pada hari ke-6 ini. Selepas 43 hari pertembungan yang berlaku di Palestine-Israel, apa yang terjadi kali ini? Jom ikuti Kuliah Maghrib dari Ustaz Manis :

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.