Misi Banjir Lumpur – Penat Di Dunia, Rehat Di Akhirat

Malam kejadian banjir kepala air yang berlaku di yan, Kedah , Ustaz Yaakub Yusra dan beberapa sukarelawan Hang Cangkul yang lain sibuk menguruskan jenazah covid-19. 

Bila dapat tau berlakunya kejadian ni hati tak senang dok dah. Malam tu mata pun tak boleh nak katup duk teringat kat penduduk Yan, Merbok, kawasan Gurung Jerai.

Keesokkan pagi tu terus semua staff  turun bantu mana yang boleh. Staff yang berkerja dari rumah pun semua datang sebab Allah gerak hati untuk sama-sama tolong saudara kita kat sana yang hebat diuji.

Lebih 200 orang sukarelawan yang sanggup datang bersama team Madad walapun petang dan malam kena masuk kerja hakiki. Moga Allah balas dengan ganjaran syurga buat mereka semua ni.

Alhamdulillah,  MADAD bersama dengan puluhan NGO lain membersihkan rumah dan sekolah area Merbok dan Yan. Teruja tengok semua hati baik mai tolong dengan kudrat yang ada.

Hampir 20 hari semua sukarelawan dan staff pergi untuk bantu semua yang terkesan dengan banjir ini. 

Lumpur sudah dikeluarkan. Jadi tiba masa untuk mencuci segala kotoran yang ada. Jadi Madad dengan inisiatif yang ada mengeluarkan sabun basuh untuk diberikan secara percuma kepada semua penduduk.

Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban mereka yang terlibat.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

HuffazCamp 2023 – 11 Muka Surat Dalam Masa 5 Hari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Huffazcamp 2023 dapat dijalankan seperti yang dirancang. Untuk kali ni, Huffazcamp dihadiri oleh 50 lebih orang peserta. Peserta ini yang lulus dari saringan pertama iaitu Huffazcamp Online yang dijalankan pada bulan 12 2022. Kesemua peserta menunjukkan komitmen yang terbaik dan semangat nak menghafal alQuran yang tinggi. Huffazcamp 2023 ini diadakan

Projek Pembangunan MADAD

Pusat Komuniti IslamPusat Komuniti Islam yang terdiri daripada Masjid, Rumah Warga Emas, Tahfiz, Pusat Pengurusan Jenazah, Hub Sukan Sunnah dan banyak lagi.Masjid MADADMasjid yang akan beroperasi 24 jam. Dilengkapi dengan dengan pusat pengurusan jenazah, capsul hotel dan mesra kanak-kanak.Stadium E-SportStadium yang akan mengumpulkan belia remaja yang suka kepada esport. Dalam masa yang sama sentiasa menjaga

Forum – RM 70 Ribu Satu Malam

RM70 Ribu kutipan dalam satu malam. SubhanAllah, Allah hadirkan insan-insan dermawan dalam ceramah santai. Program ni hanya santai dan tak sempat rancang dengan baik, tiga hari sebelum baru sempat promosi untuk forum ni. Memang tak jangka audience yang datang sampai penuh kemah dan ruang-ruang sekeliling termasuk tapak paintball Madad. Kutipan 70 ribu ni tak termasuk

MADAD Paintball – “Real Perang” Anak Muda

Alhamdulillah. Lagi satu pencapaian untuk Murtadha Dakwah Centre (MADAD). Gelanggang paintball MADAD telah siap dirasmikan oleh YAS Kpj. (PA) Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Hampir 18 pasukan berentap untuk merebut Piala Pusingan Pengarah APM Kedah. Rata-rata team APM dari setiap daerah di Kedah. Antaranya :  APM Kuala Muda APM Kota Setar

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.