58 menu terkini Ramadan 1445H, khas untuk 200,000 jemaah

Menu Berbuka

Alhamdulillah, menu berbuka puasa dan moreh di MADAD dah ready dan memang patut anda cuba!  Memang memerlukan masa yang lama untuk membentuk pasukan memasak yang patuh syariah dan berkualiti seperti di MADAD. Mereka bukan sahaja pandai bercakap, tetapi juga memasak dengan penuh kasih sayang.

Menjalankan pengurusan dan mencari tukang masak serta pasukan masak yang berpuluh ribu setiap minggu memang tidak mudah. Ia bukan sekadar tangkap muat atau masak sahaja, tetapi juga memastikan bahawa makanan yang dihidangkan benar-benar sedap dan tidak berlaku pembaziran. 

Tahun lepas, hampir 100,000 orang telah menikmati nasi dan bubur lambuk di MADAD sepanjang bulan Ramadan.

Tahun ini, kita melakukan kerja yang lebih besar lagi dengan hampir 200,000 orang yang akan menikmati makanan percuma dari sahur hingga moreh.

(Swipe untuk lihat menu seterusnya)

Ada yang bertanya, “Masjid MADAD punya duit banyak, kan?”

Saya jujur, dalam akaun MADAD hanya ada RM75,000. Dan jumlah itu perlu mencukupi untuk segala-galanya, bukan hanya makanan. Mengikut kiraan kos, untuk 200,000 orang, sudah tentu mencapai jutaan ringgit. Sekarang, harga barang semakin naik, jadi kita perlu bijak menguruskan duit.

Itulah sebabnya kenapa kami membangunkan TEAM MEMASAK MADAD. Mereka tidak hanya masak semasa Ramadan, tetapi setiap hari. Ramadan hanya menambah volume masakan sahaja.

Tidak perlu takut tentang wang. Kita percaya kepada Allah yang Maha Kaya, mengapa kita takut tentang rezeki? Pernahkah kita dengar tentang masjid yang diisytiharkan bankrap? Tidak pernah kan?

Jadi, belanjalah pada anak khariah dan jemaah masjid. Jangan zalim hak orang yang menyumbang dengan menyimpan duit kerana kita bukan pengurus simpanan. Kami juga sedar bahawa masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. InshaAllah, kami akan berusaha sebaik yang mungkin.

Menu Sahur

(Swipe untuk lihat menu seterusnya)

oakan agar kami dapat memaksimumkan manfaat dari ruang yang ada ini. Jika anda berminat untuk menaja berbuka atau bersahur, anda boleh berbuat demikian di sini :
https://madadcentre.com/tajaramadan/

Malam ini menu berbuka puasa sangatlah menggiurkan.

Ha, jangan lupa, belilah makanan sedikit untuk kita potluck bersama. Datanglah dan mari bersama-sama mendapat pahala berbuka puasa bersama-sama. Jangan sampai rugi!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rezeki Perlumbaan dan Hikmah Sebalik Usaha

Kali ini, rezeki tidak menyebelahi adik Faris dalam kategori 80km endurance. Dalam pusingan lalu, abang Fateh pula terpaksa akur dengan keputusan disqualified (DSQ). Beginilah adat permainan — kita boleh usaha sebaik mungkin, tetapi jika belum rezeki, tetap juga tidak akan lepas. Perlumbaan kali ini memang mencabar. Seramai 10 orang anak tahfiz turut serta dalam kategori

Kuliah Dhuha Tetap Meriah, Meskipun Dalam Kesibukan Rumah Terbuka Aidilfitri

  Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan. Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.