Madad Sunathon – Kemeriahan Aktiviti Seharian di Madad

Alhamdulillah, hari ini telah selesai program Madad Sunathon yang melibatkan hampir 5oo orang peserta. Nampak kegembiraan di wajah peserta-peserta kita, lebih-lebih lagi semasa sesi mandi buih diadakan.

Kami berterima kasih kepada pihak Bomba, 70 doktor dari pihak Poliklinik Dr Azhar, dan semua yang menjayakan program ini.

Antara kemeriahan sejak dari awal pagi lagi menunjukkan betapa ramainya jemaah memenuhi masjid Madad untuk bersama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah. Ternyata, makin meriah keluarga #subuhmacamjumaat di Madad.

Seusai solat berjemaah, berlangsung pula sesi Kuliah Dhuha bersama Ustaz Azraei dan keluarga, dengan tajuk perbincangan – Menyematkan Istiqamah dalam Membaca Al-Quran

Tambahan pula, kita dapat dengar suara merdu tarannum dari anak-anak ustaz sekeluarga. MashaAllah.

“…tidak ada hasad, kecuali 2 sahaja..

Jom kita dengar Kuliah Dhuha hari ini dari Ustaz Azraei:

https://fb.watch/qw4J8IWuSp/

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Kuliah Dhuha: ‘Makin Berusia Makin Terasa’

Kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustazah Nazirah Abu Bakar ini membincangkan tentang fenomena peningkatan sensitiviti atau rasa ‘terasa’ yang sering dialami seiring dengan pertambahan usia. Bertentangan dengan pandangan umum yang menganggap perasaan ini sebagai kelemahan, Ustazah Nazirah menghuraikan bahawa rasa ‘terasa’ ini merupakan satu isyarat spiritual dan persediaan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk hamba-Nya

Hakikat Kejadian Manusia: Penawar Penyakit Sombong dan Bangga Diri

Kuliah ini membincangkan tentang sifat takabbur (sombong) dan bagaimana manusia seharusnya merawat penyakit hati ini dengan mengenali hakikat diri sendiri. Berikut adalah poin-poin utama yang disampaikan oleh Ustaz Yaakub Yusra: Hakikat Asal-Usul Manusia Ustaz menekankan bahawa manusia tidak layak untuk sombong kerana asal-usul kejadian kita adalah daripada sesuatu yang dianggap “hina” iaitu air mani (nutufah).

Ceramah Perdana Israk Mikraj 1447 Hijrah

Ceramah perdana yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Arifin Ayub ini dimulakan dengan menekankan kepentingan bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat, termasuk nafas dan peluang sampai ke malam 27 Rejab. Beliau mengingatkan bahawa kalimah syukur (Alhamdulillah) adalah rukun dalam solat yang wajib dibaca melalui surah Al-Fatihah. Peristiwa Israk Mikraj sebagai Penghiburan Peristiwa Israk Mikraj merupakan

Ceramah ‘Mikraj Muhasabah Jiwa Hamba’

Ceramah bertajuk “Mikraj Muhasabah Jiwa Hamba” yang disampaikan oleh Ustaz Azfar Razman ini memfokuskan kepada peristiwa agung Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW sebagai titik tolak pensyariatan ibadah solat, serta menekankan kepentingan muhasabah diri (introspeksi) dalam kehidupan seorang Muslim. Peristiwa Mikraj bukan sekadar kisah perjalanan fizikal dan spiritual, tetapi merupakan lambang ketinggian darjat solat dan

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.