Kuliah Dhuha Madad – Pecah Rekod Kehadiran 32 biji bas!

Alhamdulillah, Allah yang gerakkan hati para tetamu  untuk hadir di Kuliah Dhuha di masjid Madad hari ini. Lebih istimewa, ada jemputan khas lagi iaitu Ustaz Syed Nor Hisyam – lagilah memeriahkan suasana.

Bila teringat balik, Alhamdulilllah nampaknya usaha keras dari tahun 2018 dah mula menampakkan hasil hari ini. Kadang-kadang hati ni tertanya-tanya juga kan, “Mai mana depa ramai-ramai ni. Tiap-tiap minggu makin ramai. Sejuk, sayu rasa hati ni”

Tambahan pula, hari ini pecah rekod kehadiran kuliah di Madad – 32 bas! Tidak termasuk jemaah-jemaah, keluarga-keluarga  yang datang sendiri dengan kenderaan lain lagi. Lagi syok team Madad kami dok sediakan makanan. Meriah depa!

Alhamdulillah, teringat dulu bulan Ramadan yang lepas,  buka masjid dulu dan pada masa itu macam-macam fasiliti belum siap sepenuhnya. Hari ni, Alhamdulillah hampir semua fasiliti masjid dah siap. InshaAllah, kami mohon doa dari semua, doakan team Madad ya.

Terima kasih dari kami, harap jangan jemu untuk datang ke fasiliti kami di Madad, dan InshaAllah kami juga sehabis baik akan berikan yang terbaik untuk anda semua. Kita jumpa lagi di majlis-majlis lain ya!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts