Days
Hours
Minutes
Seconds

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Kuliah Dhuha Madad – Hari dilanda Ujian buat kami!

Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar untuk majlis Kuliah Dhuha Mingguan kita hari ini, berkat komitmen luar biasa dari pasukan Madad.

Hari ini, memang kami tak sangka. Dahsyat ujian yang menimpa apabila semua nasi dan lauk termasuk sayur segar yg baru dibeli tiba-tiba jadi basi!  Ada yang pernah alami macam ni?

Tapi Alhamudlillah, bertungkus-lumus pasukan Madad sediakan makanan baru untuk para jemaah yang hadir.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jemaah tetap, dan tak lupa juga kepada lebih daripada 30 bas yang telah dengan sukarela hadir untuk menyemarakkan pengajian mingguan kuliah berkitab kita minggu ni.

Dah macam stesen bas dah gayanya! 😂.

Sekali lagi, terima kasih kami ucapkan kepada semua yang sudir hadir. Kami harap anda semua tak jemu untuk datang ke fasiliti kami di Madad, dan pakat ramai-ramai lagi memeriahkan suasana.

Kita jumpa lagi di majlis-majlis lain ya!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rombongan Madad – Lawatan dari Masjid Al Abrar, Kubang Gajah, Perlis

Alhamdulillah, hari ini kami mendapat kunjungan dari saudara kita di Masjid Al-Abrar dari Perlis. Jauh depa mai! Kami dari pihak MADAD ucapkan banyak-banyak terima kasih sudi bertandang ke MADAD dan diharapkan ini bukan kunjungan yang terakhir. Maafkan juga salah silap dan kekurangan dari team kami sepanjang anda semua berada di sini. Jemputlah mai lagi naa! 

Kuliah Dhuha – Madad ‘culik’ Ustaz Haslin Baharim

Alhamdulillah, sempena kehadiran Ustaz Haslin Baharim ke Sungai Petani, sempat juga beliau bertandang  ke MADAD pagi ini – atas pelawaan Ustaz Yusra. Sporting Ustaz Haslin pagi ini selepas ‘diculik’ untuk beliau sampaikan Kuliah Dhuha. “…..we have to prepare something today!” Petah Ustaz Haslin cakap English dalam pengisian berkaitan Persediaan Menghadapi Kematian. Jom kita dengar Kuliah

Rombongan Madad – Lawatan dari Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star

Alhamdulillah, hari ini kami mendapat kunjungan dari pelajar-pelajar dari Kolej Sultan Abdul Hamid. Meriah sungguh suasana di Masjid Madad hari ini. Kami dari pihak MADAD ucapkan banyak-banyak terima kasih sudi bertandang ke MADAD dan diharapkan ini bukan kunjungan yang terakhir. Maafkan juga salah silap dan kekurangan dari team kami sepanjang anda semua berada di sini.

Madad Festival – Hari Keenam : Haruman Syurga Di Palestina

Alhamdulillah, hari ini berlangsungnya kuliah yang bertajuk Haruman Syurga Di Palestina, sebagai antara pengisian MADAD Festival pada hari ke-6 ini. Selepas 43 hari pertembungan yang berlaku di Palestine-Israel, apa yang terjadi kali ini? Jom ikuti Kuliah Maghrib dari Ustaz Manis :

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.