Bantuan Untuk Orang Jauh

Murtadha Dakwah Centre (MADAD) kali ini bergerak ke tempat yang agak jauh sedikit dari lokasi Murtadha Dakwah Centre iaitu ke Pendang, Kuala Nerang dan Sik.

Sebelum bantuan sampai ke tempat yang dituju, Madad singgah sebentar di kawasan Gurun untuk bantu waris anak-anak yatim piatu yang belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Jerai. Bantuan yang diberikan sebanyak 12 bungkusan keperluan asas dan 20 ekor ayam segar.

Selain itu bantuan diteruskan ke Sekolah Kebangsaan Muzaffar Shah dengan diwakilkan kepada Ustazah Ainul Mardhiah selaku guru di sekolah tersebut. Sebanyak 30 pack bantuan keperluan asas dan 30 ekor ayam segar diberikan kepada waris anak-anak yatim piatu dan keluarga pelajar yang ditimpa kesusahan.

Seterusnya, kita memulakan destinasi yang panjang untuk menyampaikan bantuan keperluan asas di Pendang sebanyak 4 pack bantuan keperluan asas dan 10 ekor ayam segar. Di Pendang, Madad diwakili oleh En Sanusi selaku wakil kawasan di Paya Rawa.

Lokasi bantuan berikutnya adalah di sekitar Kuala Nerang yang mana jumlah bantuan tersebut adalah sebanyak 14 bantuan keperluan asas dan 40 ekor ayam segar yang diwakilkan oleh Pak Teh dan En Romeli untuk diagihkan di sekitar Pedu, Kuala Nerang. Lokasi terakhir bantuan adalah di sebuah rumah yang bertempat di Kg Telui Tua, Sik

Terima kasih kepada semua yang membantu dalam menyampaikan misi bantuan kali ini. Semoga Allah membalas segala jasa dan kebaikan.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

Ramadan Menghampiri Penghujungnya: Kenangan dan Penghargaan Buat MADAD

Ramadan semakin melabuhkan tirainya, dan kini hanya berbaki dua hari sebelum bulan yang penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Hati menjadi sayu mengenangkan betapa pantas masa berlalu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan Ramadan sekali lagi pada tahun hadapan, dengan kesihatan dan iman yang lebih kuat, insyaAllah. Pada malam ini, solat tarawih di

Kenangan Indah di Masjid Madad: Bacaan Sheikh Amir dan Kebersamaan Keluarga

Malam ini begitu menyentuh hati apabila mendengar bacaan Sheikh Amir dalam solat terawih. Suaranya yang merdu mengingatkan kembali momen solat di Masjidil Haram, satu kenangan yang pastinya dirindui oleh ramai. Hari ke-10 Ramadan di Masjid Madad terus meriah dengan tradisi berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Walaupun hari bekerja, ramai yang tetap meluangkan masa untuk

Suasana Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Masjid Madad

Menikmati waktu berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat sememangnya suatu pengalaman yang amat berharga. Suasana di Masjid Madad pada waktu ini dipenuhi dengan jemaah yang datang bersama ibu bapa, pasangan, anak-anak, serta rakan-rakan. Ia menjadi satu detik kebersamaan yang mengeratkan silaturahim dalam bulan penuh keberkatan ini. Malam ini juga merupakan malam kedua dan terakhir bagi

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.