Ibu Tunggal Jadi Perhatian

Bantuan Murtadha Dakwah Centre (MADAD) kali ini sebanyak 55 packs barangan keperluan dan 100 ekor ayam telah sampai di kawasan Taman Seraya, Sungai Petani.

Bantuan yang diagihkan di Taman Seraya dibantu oleh Ustaz Hafiz Sharir, Ustaz Mohd Syauqi Arshad dan seluruh ajk surau Taman Seraya. Bantuan ini diberikan kepada warga asnaf di Taman Seraya yang majoritinya adalah ibu-ibu tunggal, warga OKU dan mereka yang terjejas pendapatan akibat PKP ini.

Semoga bantuan kita ini dapat meringankan lagi beban para ibu tunggal, warga OKU dan mereka yang terkesan dengan PKP akibat Covid-19 yang melanda.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Zalzalah: “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula”. (Surah al-Zalzalah 99:7-8)

Terima kasih Ustaz Ustaz Hafiz Sharir, Ustaz Mohd Syauqi Arshad serta seluruh AJK Surau Taman Seraya atas bantuan dan semangat yang diberikan.

Semoga usaha yang kita lakukan ini ikhlas kerana Allah dan dibalas dengan ganjaran syurga di akhirat kelak. Doakan perjuangan MADAD untuk terus membantu masyarakat kita dan teruslah memberi sokongan.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

HuffazCamp 2023 – 11 Muka Surat Dalam Masa 5 Hari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Huffazcamp 2023 dapat dijalankan seperti yang dirancang. Untuk kali ni, Huffazcamp dihadiri oleh 50 lebih orang peserta. Peserta ini yang lulus dari saringan pertama iaitu Huffazcamp Online yang dijalankan pada bulan 12 2022. Kesemua peserta menunjukkan komitmen yang terbaik dan semangat nak menghafal alQuran yang tinggi. Huffazcamp 2023 ini diadakan

Projek Pembangunan MADAD

Pusat Komuniti IslamPusat Komuniti Islam yang terdiri daripada Masjid, Rumah Warga Emas, Tahfiz, Pusat Pengurusan Jenazah, Hub Sukan Sunnah dan banyak lagi.Masjid MADADMasjid yang akan beroperasi 24 jam. Dilengkapi dengan dengan pusat pengurusan jenazah, capsul hotel dan mesra kanak-kanak.Stadium E-SportStadium yang akan mengumpulkan belia remaja yang suka kepada esport. Dalam masa yang sama sentiasa menjaga

Forum – RM 70 Ribu Satu Malam

RM70 Ribu kutipan dalam satu malam. SubhanAllah, Allah hadirkan insan-insan dermawan dalam ceramah santai. Program ni hanya santai dan tak sempat rancang dengan baik, tiga hari sebelum baru sempat promosi untuk forum ni. Memang tak jangka audience yang datang sampai penuh kemah dan ruang-ruang sekeliling termasuk tapak paintball Madad. Kutipan 70 ribu ni tak termasuk

MADAD Paintball – “Real Perang” Anak Muda

Alhamdulillah. Lagi satu pencapaian untuk Murtadha Dakwah Centre (MADAD). Gelanggang paintball MADAD telah siap dirasmikan oleh YAS Kpj. (PA) Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Hampir 18 pasukan berentap untuk merebut Piala Pusingan Pengarah APM Kedah. Rata-rata team APM dari setiap daerah di Kedah. Antaranya :  APM Kuala Muda APM Kota Setar

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.