Days
Hours
Minutes
Seconds

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

2000 Ekor Ayam Segar Untuk 2000 Keluarga

Alhamdulillah! Murtadha Dakwah Centre (MADAD) sudah mencapai target untuk projek 2000 ekor ayam kepada 20,000 ahli keluarga yang memerlukan.

Untuk kali ini, bantuan keperluan asas telah pun sampai di kawasan Kampung Batu 3 di Gurun sebanyak 12 pek bantuan dan 10 ekor ayam segar. Untuk kawasan ini Madad dibantu oleh Ustaz Ahmad Ismail yang merupakan Wakil Kawasan Pas.

Seterusnya, bantuan 10 pek bantuan dan 15 ekor ayam segar diedarkan di sekitar

  • Sik
  • Taman Emas Suria
  • Taman Delima
  • Sungai Layar

Manakala di Kampung Pokok Asam pula sebanyak 25 pek bantuan dan 35 ekor ayam segar yang dibantu oleh Ust Hafiz Sharir dan pasukan.

Di kawasan Taman Sinar Mentari, bantuan yang diberikan adalah sebanyak 30 ekor ayam segar dan 12 pek bantuan keperluan. Madad diwakilkan oleh Abg Leman yang merupakan Ketua Rukun Tetangga Kawasan tersebut

Bantuan terakhir untuk kali ini adalah sebanyak 10 ekor ayam segar yang diwakilkan kepada Cikgu Rusli dan Pakcik Junaidi yang merupakan wakil PAS kawasan Sg jagung dan Kampung Teluk.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha bantuan kali ini. Semoga kita semua terus istiqamah, InShaAllah.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Menu Berbuka

58 menu terkini Ramadan 1445H, khas untuk 200,000 jemaah

Alhamdulillah, menu berbuka puasa dan moreh di MADAD dah ready dan memang layak dicuba!  Memang memerlukan masa yang lama untuk membentuk pasukan memasak yang patuh syariah dan berkualiti seperti di MADAD. Mereka bukan sahaja pandai bercakap, tetapi juga memasak dengan penuh kasih sayang. Menjalankan pengurusan dan mencari tukang masak serta pasukan masak yang berpuluh ribu

Madad Sunathon – Kemeriahan Aktiviti Seharian di Madad

Alhamdulillah, hari ini telah selesai program Madad Sunathon yang melibatkan hampir 5oo orang peserta. Nampak kegembiraan di wajah peserta-peserta kita, lebih-lebih lagi semasa sesi mandi buih diadakan. Kami berterima kasih kepada pihak Bomba, 70 doktor dari pihak Poliklinik Dr Azhar, dan semua yang menjayakan program ini. Antara kemeriahan sejak dari awal pagi lagi menunjukkan betapa

MADAD Endurance – Permulaan Podium

Alhamdulillah, inilah first trial game KudaLasak di Annahdoh, Pulau Pinang buat anak-anak MADAD Endurance. Semua lulus! Antara kuda yang team MADAD bawa untuk program ini ialah Qaswa, Zahid, Princess dan Lucy, dan semuanya memberikan kerjasama yang baik kepada team. Antara tujuan sukan ini juga adalah untuk mengingatkan kita tentang sunnah berkuda, dan untuk menerapkan minat

Kuliah Dhuha – Sesi Soal Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus

Alhamdulillah, kami bersyukur atas kehadiran Ustaz Azhar Idrus, salah satu impian arwah Ustaz Murtadha hari ini, untuk sesi Tazkirah dan Soal Jawab Agama. Terima kasih kepada kru Madad, kru UAI dan tidak lupa kru TV3 yang hadir. “…isteri yang sempurna hanyalah dalam lagu? … Jom kita sesi penuh bersama Ustaz Azhar Idrus : Bukan itu

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.