Days
Hours
Minutes
Seconds

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

100KG Ikan Untuk Juadah Berbuka

Terima kasih kepada mereka yang membantu Murtadha Dakwah Centre (MADAD) menyalurkan bantuan kepada asnaf untuk kali ini. Alhamdulillah, sebanyak 100 kg ikan telah disalurkan kepada penduduk Flat Taman Perai Utama, Seberang Perai.

Untuk makluman semua, penduduk taman ini majoritinya berbangsa melayu. Pihak Madad amat terkejut apabila mengetahui hampir kesemua penduduk di sini terputus bekalan makanan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa kata kita cuba renungkan sejenak. Kita banyak habiskan duit untuk beli makanan berbuka. Order bermacam-macam jenis hidangan. Tak kiralah delivery sampai ke rumah atau pergi ke kedai sendiri. Kadang-kadang tu sampai dua tiga jenis lauk dan kuih muih. Tapi ada kalanya makanan tu tak habis pun kan? Tapi mereka? Bekalan makanan terputus terus bukannya lebih.

Madad ucapkan terima kasih kepada Pakcik Suhaili kerana sudi menjadi wakil kita semua untuk sampaikan bantuan kepada penduduk di kawasan ini. Moga dibalas dengan balasan syurga buat Pakcik Suhaili.

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّار

 Ya Allah sesungguhnya aku memohon padaMu syurga, dan aku berlindung denganMu daripada neraka.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rombongan Madad – Lawatan dari Masjid Al Abrar, Kubang Gajah, Perlis

Alhamdulillah, hari ini kami mendapat kunjungan dari saudara kita di Masjid Al-Abrar dari Perlis. Jauh depa mai! Kami dari pihak MADAD ucapkan banyak-banyak terima kasih sudi bertandang ke MADAD dan diharapkan ini bukan kunjungan yang terakhir. Maafkan juga salah silap dan kekurangan dari team kami sepanjang anda semua berada di sini. Jemputlah mai lagi naa! 

Kuliah Dhuha – Madad ‘culik’ Ustaz Haslin Baharim

Alhamdulillah, sempena kehadiran Ustaz Haslin Baharim ke Sungai Petani, sempat juga beliau bertandang  ke MADAD pagi ini – atas pelawaan Ustaz Yusra. Sporting Ustaz Haslin pagi ini selepas ‘diculik’ untuk beliau sampaikan Kuliah Dhuha. “…..we have to prepare something today!” Petah Ustaz Haslin cakap English dalam pengisian berkaitan Persediaan Menghadapi Kematian. Jom kita dengar Kuliah

Rombongan Madad – Lawatan dari Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star

Alhamdulillah, hari ini kami mendapat kunjungan dari pelajar-pelajar dari Kolej Sultan Abdul Hamid. Meriah sungguh suasana di Masjid Madad hari ini. Kami dari pihak MADAD ucapkan banyak-banyak terima kasih sudi bertandang ke MADAD dan diharapkan ini bukan kunjungan yang terakhir. Maafkan juga salah silap dan kekurangan dari team kami sepanjang anda semua berada di sini.

Madad Festival – Hari Keenam : Haruman Syurga Di Palestina

Alhamdulillah, hari ini berlangsungnya kuliah yang bertajuk Haruman Syurga Di Palestina, sebagai antara pengisian MADAD Festival pada hari ke-6 ini. Selepas 43 hari pertembungan yang berlaku di Palestine-Israel, apa yang terjadi kali ini? Jom ikuti Kuliah Maghrib dari Ustaz Manis :

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.