Bantuan Ayam Untuk 100 Keluarga Di Kuala Ketil

Alhamdulillah, selepas saja selesai sesi penyerahan mesin ATM kepada ADUN Kuala Ketil, Murtadha Dakwah Centre (MADAD) sambung pula dengan bantuan ayam kepada 100 keluarga di sana.

Untuk bantuan kali ini Madad dengan kerjasama PKWR ADUN Kuala Ketil iaitu Mejar Mansor Zakaria dapat mengagihkan ayam kepada asnaf yang memerlukan di kawasan sana. Pengagihan bantuan ini berpusat di Kompleks Pas Dun Kuala Ketil.

Di tempat mereka ini terdapat ramai asnaf kerana mereka mempunyai penduduk antara yang paling ramai. Moga bantuan kita hari ini dapat mengukirkan senyuman mereka yang sudah lama tidak dizahirkan.

Alhamdulillah. Terima kasih kepada Cikgu Rosli kerana banyak membantu sepanjang misi bantuan untuk asnaf di MADAD.

Seronok kan bila sumbangan kita tu sampai kepada yang betul-betul memerlukan kan? Jom bersama-sama Madad untuk bantu lebih banyak orang yang memerlukan.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

HuffazCamp 2023 – 11 Muka Surat Dalam Masa 5 Hari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Huffazcamp 2023 dapat dijalankan seperti yang dirancang. Untuk kali ni, Huffazcamp dihadiri oleh 50 lebih orang peserta. Peserta ini yang lulus dari saringan pertama iaitu Huffazcamp Online yang dijalankan pada bulan 12 2022. Kesemua peserta menunjukkan komitmen yang terbaik dan semangat nak menghafal alQuran yang tinggi. Huffazcamp 2023 ini diadakan

Projek Pembangunan MADAD

Pusat Komuniti IslamPusat Komuniti Islam yang terdiri daripada Masjid, Rumah Warga Emas, Tahfiz, Pusat Pengurusan Jenazah, Hub Sukan Sunnah dan banyak lagi.Masjid MADADMasjid yang akan beroperasi 24 jam. Dilengkapi dengan dengan pusat pengurusan jenazah, capsul hotel dan mesra kanak-kanak.Stadium E-SportStadium yang akan mengumpulkan belia remaja yang suka kepada esport. Dalam masa yang sama sentiasa menjaga

Forum – RM 70 Ribu Satu Malam

RM70 Ribu kutipan dalam satu malam. SubhanAllah, Allah hadirkan insan-insan dermawan dalam ceramah santai. Program ni hanya santai dan tak sempat rancang dengan baik, tiga hari sebelum baru sempat promosi untuk forum ni. Memang tak jangka audience yang datang sampai penuh kemah dan ruang-ruang sekeliling termasuk tapak paintball Madad. Kutipan 70 ribu ni tak termasuk

MADAD Paintball – “Real Perang” Anak Muda

Alhamdulillah. Lagi satu pencapaian untuk Murtadha Dakwah Centre (MADAD). Gelanggang paintball MADAD telah siap dirasmikan oleh YAS Kpj. (PA) Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Hampir 18 pasukan berentap untuk merebut Piala Pusingan Pengarah APM Kedah. Rata-rata team APM dari setiap daerah di Kedah. Antaranya :  APM Kuala Muda APM Kota Setar

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.