Doa Dari Nenek, Buat Semua Yang Membantu

Misi bantuan kita diteruskan. Untuk kali ini bantuan Murtadha Dakwah Centre (MADAD) sampai kepada seorang nenek yang sedang terlantar. Beliau lumpuh seluruh badan dan semua diuruskan oleh cucu-cucunya.

Sewaktu Madad menyantuni rumah nenek ini, sayu hati melihat keadaan rumah dan keadaan fizikal nenek yang uzur. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ لاَ يَرْحَمُ لاَ يُرْحَمُ

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi.”

Biar kita penat lelah demi kebahagian orang yang memerlukan bantuan. Penat hari ni akan hilang bila kita tidur dan rehat, tapi manfaat tersebut akan kekal selamanya.

Alhamdulillah, semakin ramai yang bersama MADAD, semakin ramai kita boleh bantu hingga ke hari ini. Kawasan yang terlibat dengan misi bantuan kali ini melibatkan penduduk di kawasan

  • Taman Songket
  • Taman Songket Indah
  • Kg Bukit Sera
  • Batu 2 dan sekitarnya

Sebanyak 125 bungkusan keperluan asas dan 125 kg ikan.

Terima kasih kepada Pak Njang Pin (Ariffin) kerana membantu dari segi tenaga untuk sampaikan maklumat asnaf dan bantu kita jadi penunjuk jalan sepanjang bantuan.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Ujian Buat Sang Penunggang: Qaswa alMADAD dan Semangat Sukan Berkuda

Baru-baru ini berlaku satu insiden menyayat hati melibatkan seekor kuda kesayangan, Qaswa alMADAD, yang mengalami kecederaan serius apabila rahang bawahnya terkeluar akibat panik setelah tersepit pada struktur besi. Dalam cubaan melepaskan diri, kuda tersebut merentap dengan kuat sehingga menyebabkan rahangnya patah. Situasi ini menimbulkan cabaran besar kerana kemudahan dan pakar veterinar bagi pembedahan kecemasan di

Rezeki Perlumbaan dan Hikmah Sebalik Usaha

Kali ini, rezeki tidak menyebelahi adik Faris dalam kategori 80km endurance. Dalam pusingan lalu, abang Fateh pula terpaksa akur dengan keputusan disqualified (DSQ). Beginilah adat permainan — kita boleh usaha sebaik mungkin, tetapi jika belum rezeki, tetap juga tidak akan lepas. Perlumbaan kali ini memang mencabar. Seramai 10 orang anak tahfiz turut serta dalam kategori

Kuliah Dhuha Tetap Meriah, Meskipun Dalam Kesibukan Rumah Terbuka Aidilfitri

  Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan. Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.