Sinar Ramadhan Buat Penoreh Getah

Alhamdulillah, Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dapat pergi ke kawasan perkampungan Bukit Selambau dan sekitarnya. Kawasan yang menerima bantuan kita adalah penduduk

  • Kg Tengkorak Batu
  • Kg Batu Belacan
  • Kg Jerong 
  • Kg Pokok Machang sebanyak 60 packs barangan.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat”

Walaupun tiada pertalian darah antara Madad dan mereka, hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan silaturahim sesama Islam. Telah menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap Muslim membantu serta meringankan beban apabila ada dalam kalangan orang Islam kita yang ditimpa musibah.

Oleh sebab itulah, Madad bersungguh-sungguh untuk membantu mereka yang memerlukan. Mana mungkin kita bersenang-senang padahal ada saudara kita yang menangis kelaparan.

Berkat bantuan semua yang membantu, kita dah boleh sama-sama memberi manfaat kepada mereka.

Banyak lagi keluarga yang kita nak bantu! Banyak lagi misi bantuan yang akan datang!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Keindahan MADAD dan Dedikasi Para Jemaah

Minggu ini, Ustaz Yaakub Yusra tidak dapat bersama di MADAD kerana berada di Terengganu untuk acara endurance. Namun, hati ini tetap dekat dengan MADAD. Pagi ini, staf telah mengirim gambar suasana di sana, dan kami rasa begitu tenang melihat jemaah yang hadir dengan penuh keikhlasan. Kiriman Tuhan yang sentiasa menyemarakkan MADAD walaupun tidak semua tenaga

Dapur Kampung MADAD Tutup Sehari untuk Penambahbaikan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan setia Dapur Kampung MADAD! Kami ingin memohon maaf kerana pada hari ini, restoran kami akan ditutup buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada pihak kami untuk melakukan beberapa penambahbaikan yang diperlukan. Sambutan yang luar biasa daripada anda semua benar-benar menggalakkan dan kami amat bersyukur atas sokongan yang tidak

Keberkatan Kuliah Dhuha dan Nostalgia Nasyid

Kuliah Dhuha Pagi Ini: Amalan Meraih Husnul Khatimah Pagi ini, suasana di kuliah dhuha sungguh luar biasa. Dewan penuh sesak dengan hadirin yang dahagakan ilmu dan keberkatan. Kehadiran Ustazah Asma’ benar-benar membawa aura tersendiri. Beliau dijadualkan untuk pulang pada pukul 11.30 pagi, tetapi para jemaah begitu teruja sehingga tidak mahu melepaskannya begitu sahaja. Akhirnya, selepas

MADAD FESTIVAL 2025: Menghidupkan Komuniti dengan Keberkatan

Bayangkan jika setiap masjid yang memiliki ruang menganjurkan festival dengan tapak perniagaan yang percuma atau mengikut kemampuan peniaga. Peniaga-peniaga yang dipilih pula terdiri daripada ahli kariah sendiri, dengan proses tapisan yang ketat bagi memastikan hanya perniagaan yang bersesuaian dan beretika dibenarkan. Inilah konsep yang telah kami laksanakan baru-baru ini, dan Alhamdulillah, hasilnya amat menggalakkan. Keutamaan

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.