Senyuman Ikhlas Dari Si Kecil

Budak kecik ni tak pandai nak menipu. Apa yang mereka rasa dan fikir, itu lah yang mereka zahirkan.

Alhamdulillah, Murtadha Dakwah Centre (MADAD) menyantuni satu keluarga yang mempunyai anak yang ramai dan terkesan akibat Covid-19. Mereka sangatlah pandai menghargai dan melayani orang yang datang.

Bantuan sebanyak 30 ekor ayam telah diberikan kepada penduduk sekitar

  • Kampung Dakwah
  • Kampung Cheruk Kelubi
  • Kampungg Sg Pasir

Bantuan kali ini juga turut dibantu oleh Cikgu Rosli.

Seterusnya, bantuan diteruskan lagi sebanyak 21 packs barang bantuan dan 20 ekor ayam kepada asnaf di kawasan Paya Nahu dibantu oleh Cik Kamin atau dikenali dengan Mami, bersama Mamu suaminya.

Kehidupan di Paya Nahu bagi penduduk sana sangat memerlukan bantuan di saat Covid-19 yang melanda. Mereka sangat bersyukur Madad sangat prihatin dan bantu mereka untuk selesaikan masalah bekalan makanan.

Untuk akhir sekali, Madad menyerahkan sebanyak 50 ekor ayam kepada wakil YB Ustaz Fadzli Hashim, ADUN Pantai Merdeka.

Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat melegakan hati banyak pihak yang memerlukan bantuan. Doakan Madad boleh membantu lebih banyak orang yang memerlukan.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

HuffazCamp 2023 – 11 Muka Surat Dalam Masa 5 Hari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Huffazcamp 2023 dapat dijalankan seperti yang dirancang. Untuk kali ni, Huffazcamp dihadiri oleh 50 lebih orang peserta. Peserta ini yang lulus dari saringan pertama iaitu Huffazcamp Online yang dijalankan pada bulan 12 2022. Kesemua peserta menunjukkan komitmen yang terbaik dan semangat nak menghafal alQuran yang tinggi. Huffazcamp 2023 ini diadakan

Projek Pembangunan MADAD

Pusat Komuniti IslamPusat Komuniti Islam yang terdiri daripada Masjid, Rumah Warga Emas, Tahfiz, Pusat Pengurusan Jenazah, Hub Sukan Sunnah dan banyak lagi.Masjid MADADMasjid yang akan beroperasi 24 jam. Dilengkapi dengan dengan pusat pengurusan jenazah, capsul hotel dan mesra kanak-kanak.Stadium E-SportStadium yang akan mengumpulkan belia remaja yang suka kepada esport. Dalam masa yang sama sentiasa menjaga

Forum – RM 70 Ribu Satu Malam

RM70 Ribu kutipan dalam satu malam. SubhanAllah, Allah hadirkan insan-insan dermawan dalam ceramah santai. Program ni hanya santai dan tak sempat rancang dengan baik, tiga hari sebelum baru sempat promosi untuk forum ni. Memang tak jangka audience yang datang sampai penuh kemah dan ruang-ruang sekeliling termasuk tapak paintball Madad. Kutipan 70 ribu ni tak termasuk

MADAD Paintball – “Real Perang” Anak Muda

Alhamdulillah. Lagi satu pencapaian untuk Murtadha Dakwah Centre (MADAD). Gelanggang paintball MADAD telah siap dirasmikan oleh YAS Kpj. (PA) Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Hampir 18 pasukan berentap untuk merebut Piala Pusingan Pengarah APM Kedah. Rata-rata team APM dari setiap daerah di Kedah. Antaranya :  APM Kuala Muda APM Kota Setar

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.