Rindunya sang anak kepada kedua ibu bapanya

Setiap dari kita pasti mendambakan kasih sayang dari insan bergelar ibu dan ayah. 

Alhamdulillah, beruntunglah mereka yang masih diberi peluang berjumpa dengan ibu ayah, merasai hangatnya kasih sayang mereka.

Kami ingin berkongsi sedikit perkongsian yang sungguh menyentuh hati dari satu kajian. 

Di dalam kajian tersebut, mereka telah meminta pendapat beberapa keluarga tentang momen yang paling mereka impikan jika diberi peluang untuk makan bersama sesiapa sahaja. Dan jawapan yang diterima dari ibu bapa adalah pelbagai – dari menginginkan makan bersama artis, idola, tokoh usahawan, dan lain-lain lagi.

Namun, apabila tiba pada anak-anak, jawapannya sama – mereka hanya menginginkan masa untuk makan bersama ibu bapa mereka.

Ini membuktikan bahawa bukanlah selebriti atau tokoh ternama yang mereka inginkan, tetapi satu kesempatan untuk membina kenangan indah bersama keluarga tercinta.

Oleh itu, dengan sukacitanya kami menjemput anda semua untuk berbuka puasa bersama di MADAD. Mari kita bersama-sama membina memori indah ini bersama anak-anak kita.

Setelah berbuka, kita akan melaksanakan solat berjemaah dan terawih bersama. Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai kegembiraan dan ketenangan bersama-sama. Percayalah, ia akan menjadi pengalaman yang mengasyikkan hingga tahap guling-guling – kata ustaz.

Jika anda berminat untuk menaja berbuka atau bersahur, anda boleh berbuat demikian di sini :
https://madadcentre.com/tajaramadan/

Jemputlah beramai-ramai memeriahkan suasana Ramadan di Madad!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rezeki Perlumbaan dan Hikmah Sebalik Usaha

Kali ini, rezeki tidak menyebelahi adik Faris dalam kategori 80km endurance. Dalam pusingan lalu, abang Fateh pula terpaksa akur dengan keputusan disqualified (DSQ). Beginilah adat permainan — kita boleh usaha sebaik mungkin, tetapi jika belum rezeki, tetap juga tidak akan lepas. Perlumbaan kali ini memang mencabar. Seramai 10 orang anak tahfiz turut serta dalam kategori

Kuliah Dhuha Tetap Meriah, Meskipun Dalam Kesibukan Rumah Terbuka Aidilfitri

  Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan. Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.