Days
Hours
Minutes
Seconds

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Lepak Anak Muda – Ambang Tahun Baru

Lepak Anak Muda bersempena dengan ambang tahun baru 2022 menarik anak muda dengan program-program ilmiah. Alhamdulillah, tahun ni MADAD dalam usaha untuk kumpulkan kekuatan anak muda supaya sentiasa menjadi yang terbaik untuk agama dan negara.

Sambutan sangat menggalakkan walaupun program ni dihebahkan minit-minit akhir supaya yang hadir tidak teralalu ramai. Risau juga sebab covid-19 masih belum reda. 

Lepak Anak Muda kali ni, waktu pagi diserikan dengan tausiyah dari Tuan Guru Abdul Mutalib dan Ustaz Abdullah Khairi yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra sendiri.

Ilmu bila kita tuntut dari orang yang betul, 2 jam tu rasa tak cukup sebab banyak sangat kata-kata dan isi penting boleh di ambil sebagai pedoman hidup.

Pertandingan Lego untuk kanak-kanak bermula jam 2.30 petang. Banyak sangat sudah pertandingan yang melibatkan gadjet untuk mereka ni, jadi MADAD cuba cari inisiatif lain untuk kanak-kanak ni jauh sekejap dari gadjet.

Ingatkan mereka ni tak pandai dah main lego, rupanya macam-macam bentuk di buat. Ada yang robot, rumah, helikopter dan macam-macam lagi. Sebenarnya bila kita tak manjakan sangat dengan gajet, boleh ja kita kembangkan lagi bakat anak-anak ni ke arah yang sepatutnya.

Alhamdulillah, sebelah malam penuh dengan anak-anak muda tak lupa juga yang berpangkat ayah dan ibu yang bawa anak-anak untuk dengar majlis ilmu santai. Sejak PKP, majlis ilmu macam ni dah lama tak boleh buat.

Forum Lepak Anak Muda diserikan dengan Ustaz Tido, Baddrol Bakhtiar dan Ustaz Mohammad Yaakub Yusra sebagai pengerusi.

Dua icon anak muda yang sering menjadi ikutan di sosial media. Baddrol Bakhtiar icon anak muda yang minat bola sepak manakala Ustaz Tido icon anak muda yang bermain permainan video di smartphone.

Hebat betul mereka ni, sanggup tunggu sehingga jam 12 malam untuk sama-sama sambut tahun baru dengan majlis ilmu. Forum juga diserikan dengan alunan-alunan qasidah dan selawat akustik.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Kuliah Dhuha Madad – Pengalaman Bermakna Buat 2000 Jemaah

Alhamdulillah, hari ni kami nak announce benda best ni! Ha, dengan rasa senang hati dan rendah diri, kami nak berkongsi maklumat tentang program JPN yang bakal berlangsung pada tarikh berikut: Tarikh: 3 Oktober 2023 (Selasa)Tempat: Masjid MADADMasa: 8.00 Pagi – 2.00 Tengah Hari Program ini menjanjikan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan penuh makna. Inilah senarai

Kuliah Dhuha Madad – Pengalaman Bermakna Buat 2000 Jemaah

Alhamdulillah masjid Madad menjadi saksi kepada pengisian hati yang mendalam melalui kuliah Dhuha yang dianjurkan baru-baru ini. Alhamdulillah, 1000 pinggan nasi dan 700 pinggan bubur yang lazat disediakan dengan penuh kasih sayang untuk tetamu-tetamu yang menghadiri kuliah tersebut – secara Percuma! Semua jenis makanan yang disediakan secara percuma menunjukkan semangat kebersamaan dan amal jariah yang

Lepak Geng Utagha – 3,000 anak muda mencorak Kehidupan Positif

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, lebih 3,000 anak muda terlibat dalam Program Lepak Geng Utagha yang diadakan baru-baru ini. Menerusi program ‘Lepak Geng Utagha’, anak muda di sekitar Kedah diberi pendedahan untuk mencorak kehidupan yang positif dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah. Program ini juga secara tidak langsung memberi pendedahan kepada anak muda dengan kerja kebajikan

HuffazCamp 2023 – 11 Muka Surat Dalam Masa 5 Hari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Huffazcamp 2023 dapat dijalankan seperti yang dirancang. Untuk kali ni, Huffazcamp dihadiri oleh 50 lebih orang peserta. Peserta ini yang lulus dari saringan pertama iaitu Huffazcamp Online yang dijalankan pada bulan 12 2022. Kesemua peserta menunjukkan komitmen yang terbaik dan semangat nak menghafal alQuran yang tinggi. Huffazcamp 2023 ini diadakan

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.