Days
Hours
Minutes
Seconds

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

HuffazCamp 2021- Dari Sarawak ke Kedah Sebab Nak Jadi Huffaz alQuran

Huffazcamp tahun ni agak berbeza dengan tahun lepas. Tahun ni ujian Allah bagi kepada keluarga2 yang nak mai hantar anak2 ke kem terkandas sebab banjir. Tahun ni diserikan dengan peserta kurang upaya, adik Afiq Haikal. Malu kita yang cukup upaya ni bila tengok semangat nak hafal alQuran beliau. InShaAllah syurga buat adik.

Walapun lambat lapor diri, tetap mai jugak. Memang terbaik. Yang last minit booking tiket dari serawak ke kedah pun ada. Moga Allah mudahkan mereka2 ni untuk hafal dan jaga AlQuran. Amin.

Kem Offline ni Madad buat tapisan dari kem Online yang berlangsung seminggu sebelum kem Offline. Yang perform dan markah tinggi layak untuk join offline. Semua peserta di ajar teknik mudah dan pantas untuk jadi Huffaz AlQuran.

5 hari boleh hafal 11 halaman yang susah2. Memang terbaik habih meta la orang Kedah kata.

Terima kasih semua peserta Huffazcamp Online dan Offline! Moga yang join kali ni dapat hafal 30 Juzuk tahun depan. Amin 🤲🏻. Ikut teknik yang di ajar InShaAllah boleh.

Jumpa next HuffazCamp. Tukar Gajet Dengan AlQuran!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Perkembangan Terkini MADAD – Pembaharuan Jalan Beri Keselesaan Pada Jemaah

Alhamdulillah, ini perkembangan terkini suasana di MADAD. Jalan utama dan jalan-jalan sekitar Rumah kahwin, Taman kucing dan kawasan berdekatan telah pun berjaya diturap.  Usaha ini adalah semata-mata untuk keselesaan penduduk sekitar, malah kami menjemput jemaah dari seluruh Malaysia untuk hadir meriahkan MADAD. Kami dari pihak MADAD ucapkan banyak-banyak terima kasih sudi bertandang ke MADAD dan

Kuliah Dhuha – Last Chance Sebelum Mati

Alhamdulillah, hari ini berlangsung sesi Kuliah Dhuha bersama Ustaz Ahmad Dusuki, dengan tajuk perbincangan – Last Chance Sebelum Mati. “…ada 3 golongan manusia yang akan melalui pengalaman berbeza di Alam Kubur… Jom kita dengar Kuliah Dhuha hari ini dari Ustaz Haslin: Bukan itu sahaja, nampaknya hari ini, hari yang sibuk untuk team Bawang MADAD. Ini

Berita Duka – Pemergian Coach Azraai

Innalillahi Wainna Ilaihirajion. Hari ini kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Coach Azraai pada pukul 12.30pm. Coach yang menjadi tunggak utama dalam penubuhan MADAD Soccer Academy, selalu meningatkan kami dan semua peserta bahawa – sukan juga adalah satu bentuk ibadah. Coach Azraai sememangnya konsisten, tekun dan tidak pernah bertanya tentang bayaran sepanjang 6 bulan pembangnan

Madad Soccer – Sesi Pemilihan Ubi Muda sudah bermula!

Alhamdulillah, harini telah berlangsung Sesi Pemilihan untuk Ubi Muda Baling. Paling mengejutkan, lebih 400 pemain muda yang datang untuk pendaftaran! Lagi mengejutkan, rakan-rakan kita yang dari luar Kedah pun turut sama memeriahkan sesi pemilihan kali inil. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada jurulatih-jurulatih ‘legend’ yang hadir – mengikut disiplin dan kemahiran masing-masing. Terima kasih Coach Azraai

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.