Hari Terakhir Kuliah Dhuha Sebelum Ramadan: Pengajian Kitab Penawar Bagi Hati

Hari ini menandakan hari terakhir kuliah sebelum kita menyambut kedatangan Ramadan yang mulia. Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir sepanjang sesi kuliah ini. Kalian adalah jemaah-jemaah kiriman Tuhan yang menghadirkan keberkatan dalam setiap pertemuan kita.

Ramadan bukan sekadar bulan berpuasa, tetapi juga bulan mendekatkan diri kepada Allah dengan amal ibadah yang lebih istiqamah. Oleh itu, pada malam ini, marilah kita bersama-sama menghidupkan malam pertama Ramadan dengan solat tarawih. Bawa keluarga, ajak sahabat handai, dan raikan keberkatan ini bersama di MADAD.

Semoga Ramadan ini membawa ketenangan hati, keberkatan rezeki, dan limpahan pahala buat kita semua. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak!

Saksikan video penuh kuliah melalui link dibawah:
https://web.facebook.com/share/v/1DQvf5yk24/

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Kuliah Dhuha: ‘Makin Berusia Makin Terasa’

Kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustazah Nazirah Abu Bakar ini membincangkan tentang fenomena peningkatan sensitiviti atau rasa ‘terasa’ yang sering dialami seiring dengan pertambahan usia. Bertentangan dengan pandangan umum yang menganggap perasaan ini sebagai kelemahan, Ustazah Nazirah menghuraikan bahawa rasa ‘terasa’ ini merupakan satu isyarat spiritual dan persediaan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk hamba-Nya

Hakikat Kejadian Manusia: Penawar Penyakit Sombong dan Bangga Diri

Kuliah ini membincangkan tentang sifat takabbur (sombong) dan bagaimana manusia seharusnya merawat penyakit hati ini dengan mengenali hakikat diri sendiri. Berikut adalah poin-poin utama yang disampaikan oleh Ustaz Yaakub Yusra: Hakikat Asal-Usul Manusia Ustaz menekankan bahawa manusia tidak layak untuk sombong kerana asal-usul kejadian kita adalah daripada sesuatu yang dianggap “hina” iaitu air mani (nutufah).

Ceramah Perdana Israk Mikraj 1447 Hijrah

Ceramah perdana yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Arifin Ayub ini dimulakan dengan menekankan kepentingan bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat, termasuk nafas dan peluang sampai ke malam 27 Rejab. Beliau mengingatkan bahawa kalimah syukur (Alhamdulillah) adalah rukun dalam solat yang wajib dibaca melalui surah Al-Fatihah. Peristiwa Israk Mikraj sebagai Penghiburan Peristiwa Israk Mikraj merupakan

Ceramah ‘Mikraj Muhasabah Jiwa Hamba’

Ceramah bertajuk “Mikraj Muhasabah Jiwa Hamba” yang disampaikan oleh Ustaz Azfar Razman ini memfokuskan kepada peristiwa agung Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW sebagai titik tolak pensyariatan ibadah solat, serta menekankan kepentingan muhasabah diri (introspeksi) dalam kehidupan seorang Muslim. Peristiwa Mikraj bukan sekadar kisah perjalanan fizikal dan spiritual, tetapi merupakan lambang ketinggian darjat solat dan

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.