
Alhamdulillah, malam pertama Ramadan di MADAD berlangsung dengan penuh keberkatan dan semangat. Kehadiran jemaah yang luar biasa memenuhi setiap ruang di masjid, hingga melimpah ke luar. Namun, jangan risau, kami telah menyediakan dewan tambahan untuk solat. Walaupun belum siap sepenuhnya, inshaAllah ia boleh dimanfaatkan sebaiknya demi keselesaan semua.
Bagi yang datang awal, manfaatkan masa petang dengan suasana santai dan mesra keluarga. Anak-anak boleh bermain di kawasan yang disediakan—ada Supar Dupar, kuda, kucing, dan mereka bebas bergembira di sekitar masjid. Tidak perlu risau jika mereka berlari-lari atau bergolek di dalam masjid, kerana Ramadan juga perlu diraikan dengan keceriaan.
Saat berbuka puasa, suasana di MADAD terasa begitu indah. Nikmatnya berbuka bersama keluarga dalam suasana yang damai dan penuh kesyukuran. Healing dengan keluarga sambil menikmati juadah iftar, tanpa perlu tergesa-gesa ke sana sini. Selepas berbuka, terus boleh menunaikan solat jemaah bersama-sama, menjadikan ibadah lebih tenang dan bermakna. Percayalah, anak-anak pasti akan merindui momen seperti ini. 🥰
Untuk berbuka, mini bazaar dari Dapur Kampung menawarkan pelbagai pilihan lauk-pauk dengan harga yang mampu milik. Makanan percuma juga tersedia bagi sesiapa yang memerlukannya. Bawa tikar atau karpet sendiri, dan pilihlah tempat yang selesa untuk berbuka bersama keluarga dalam suasana yang meriah.
Malam ini lebih istimewa kerana kita akan bersama Syeikh Jabir dari Mesir. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu beliau, sama ada untuk membetulkan bacaan surah al-Fatihah atau menimba ilmu yang bermanfaat.
Semoga momentum Ramadan ini berterusan, bukan hanya sepanjang bulan ini, tetapi juga selepasnya. Marilah kita sama-sama istiqamah dalam ibadah dan menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna.
Jumpa esok, guys! Esok kita akan mula kuliah Zohor berkitab bersama Ustaz Wan Amer. Pakat-pakat mai naa!
Selamat Menjalani Ramadan Al-Mubarak!
Saksikan video Tarawih bersama Syeikh Jabir melalui link dibawah:
https://web.facebook.com/share/v/1RZnYmReDt






















