Days
Hours
Minutes
Seconds

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Misi Banjir Lumpur – Penat Di Dunia, Rehat Di Akhirat

Malam kejadian banjir kepala air yang berlaku di yan, Kedah , Ustaz Yaakub Yusra dan beberapa sukarelawan Hang Cangkul yang lain sibuk menguruskan jenazah covid-19. 

Bila dapat tau berlakunya kejadian ni hati tak senang dok dah. Malam tu mata pun tak boleh nak katup duk teringat kat penduduk Yan, Merbok, kawasan Gurung Jerai.

Keesokkan pagi tu terus semua staff  turun bantu mana yang boleh. Staff yang berkerja dari rumah pun semua datang sebab Allah gerak hati untuk sama-sama tolong saudara kita kat sana yang hebat diuji.

Lebih 200 orang sukarelawan yang sanggup datang bersama team Madad walapun petang dan malam kena masuk kerja hakiki. Moga Allah balas dengan ganjaran syurga buat mereka semua ni.

Alhamdulillah,  MADAD bersama dengan puluhan NGO lain membersihkan rumah dan sekolah area Merbok dan Yan. Teruja tengok semua hati baik mai tolong dengan kudrat yang ada.

Hampir 20 hari semua sukarelawan dan staff pergi untuk bantu semua yang terkesan dengan banjir ini. 

Lumpur sudah dikeluarkan. Jadi tiba masa untuk mencuci segala kotoran yang ada. Jadi Madad dengan inisiatif yang ada mengeluarkan sabun basuh untuk diberikan secara percuma kepada semua penduduk.

Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban mereka yang terlibat.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Pengajian Sabtu – Sesi Tarannum dengan Ustaz Tarmizi dan Ustaz Fazrul

Alhamdulillah, untuk Pengajian Sabtu minggu ini, kehadiran Ustaz Tarmizi dan Ustaz Fazrul ke Masjid Madad sangat-sangatlah kami alukan. Dan MashaAllah hari ini kita dapat kelas Trannum Jiharkah dari Ustaz Tarmizi.  Yang paling best, hari ini bersama Ustaz Fazrul kita ‘membedah’ Surah Al-Kausar, sambil mendengar Trannum dari Ustaz Tarmizi. “….orang yang berselawat kepada Nabi, dan cinta

Rombongan Madad – Lawatan dari Masjid Al Abrar, Kubang Gajah, Perlis

Alhamdulillah, hari ini kami mendapat kunjungan dari saudara kita di Masjid Al-Abrar dari Perlis. Jauh depa mai! Kami dari pihak MADAD ucapkan banyak-banyak terima kasih sudi bertandang ke MADAD dan diharapkan ini bukan kunjungan yang terakhir. Maafkan juga salah silap dan kekurangan dari team kami sepanjang anda semua berada di sini. Jemputlah mai lagi naa! 

Kuliah Dhuha – Madad ‘culik’ Ustaz Haslin Baharim

Alhamdulillah, sempena kehadiran Ustaz Haslin Baharim ke Sungai Petani, sempat juga beliau bertandang  ke MADAD pagi ini – atas pelawaan Ustaz Yusra. Sporting Ustaz Haslin pagi ini selepas ‘diculik’ untuk beliau sampaikan Kuliah Dhuha. “…..we have to prepare something today!” Petah Ustaz Haslin cakap English dalam pengisian berkaitan Persediaan Menghadapi Kematian. Jom kita dengar Kuliah

Rombongan Madad – Lawatan dari Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star

Alhamdulillah, hari ini kami mendapat kunjungan dari pelajar-pelajar dari Kolej Sultan Abdul Hamid. Meriah sungguh suasana di Masjid Madad hari ini. Kami dari pihak MADAD ucapkan banyak-banyak terima kasih sudi bertandang ke MADAD dan diharapkan ini bukan kunjungan yang terakhir. Maafkan juga salah silap dan kekurangan dari team kami sepanjang anda semua berada di sini.

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.