Tukar Gajet Dengan AlQuran – HuffazCamp

Dari online ke offline! Mahaad Integrasi Madad (MIM) telah mengajurkan HuffazCamp yang bertemakan Tukar Gajet Dengan AlQuran. HuffazCamp ni sangat special sebab ada dua sesi:

  • Online
  • Offline

 

Para peserta akan diuji dan diberi pendedahan terlebih dahulu melalui online. Disebabkan keadaan semasa yang tidak boleh berkumpul ramai secara fizikal, jadi MIM telah ambik satu inisiatif untuk buat secara Online yang boleh mengumpul ramai peserta secara maya.

Dalam sesi online, perserta akan diajar asas membaca alquran terutamanya dari segi tajwid. Peserta yang memberi komitmen dan mempunyai bacaan yang baik akan dinilai sebaiknya. 

Peserta yang terbaik akan dipilih untuk menyertai HuffazCamp secara Offline.

Video HuffazCamp 2020

HuffazCamp offline bertempat di Kem D’ Fityan, Yan Kedah. Untung peserta yang dapat menyertai secara offline sebab tempat yang sangat cantik. Kem ini dikelilingi oleh hutan dan air sungai yang sangat cantik. 

Kali ini, peserta akan di ajar cara menghafal alQuran menggunakan kaedah karantina yang diterapkan oleh pelajar MIM.

Alhamdulillah, ramai yang peserta yang berjaya menghafal mengikut kaedah ini. Rata-rata peserta boleh menghafal alQuran menggunakan kaedah ini. Walaupun HuffazCamp sudah tamat, tapi mereka masih mengamalkan kaedah ini dirumah masing-masing.

HuffazCamp 2.0? InShaAllah. Teruskan menyokong MADAD untuk sebarkan kebaikkan dan manfaat untuk ummah!

Suasana Sekitar HuffazCamp Offline

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Ujian Buat Sang Penunggang: Qaswa alMADAD dan Semangat Sukan Berkuda

Baru-baru ini berlaku satu insiden menyayat hati melibatkan seekor kuda kesayangan, Qaswa alMADAD, yang mengalami kecederaan serius apabila rahang bawahnya terkeluar akibat panik setelah tersepit pada struktur besi. Dalam cubaan melepaskan diri, kuda tersebut merentap dengan kuat sehingga menyebabkan rahangnya patah. Situasi ini menimbulkan cabaran besar kerana kemudahan dan pakar veterinar bagi pembedahan kecemasan di

Rezeki Perlumbaan dan Hikmah Sebalik Usaha

Kali ini, rezeki tidak menyebelahi adik Faris dalam kategori 80km endurance. Dalam pusingan lalu, abang Fateh pula terpaksa akur dengan keputusan disqualified (DSQ). Beginilah adat permainan — kita boleh usaha sebaik mungkin, tetapi jika belum rezeki, tetap juga tidak akan lepas. Perlumbaan kali ini memang mencabar. Seramai 10 orang anak tahfiz turut serta dalam kategori

Kuliah Dhuha Tetap Meriah, Meskipun Dalam Kesibukan Rumah Terbuka Aidilfitri

  Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan. Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.