

Alhamdulillah, cara Qurban tahun ini bukan sahaja penuh dengan keberkatan, tetapi juga diserikan dengan sesi Cabutan Bertuah yang menarik!
Selepas menyelesaikan 710 bahagian dan 125 ekor lembu, kami mengadakan sesi cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan kepada semua petugas yang telah bekerja keras. Senyuman gembira dan sorakan kegembiraan memenuhi ruang, mana tak nya – hadiah bukan kaleng-kaleng!

Pelbagai hadiah menarik telah disediakan, termasuk barangan elektronik, barangan sukan, hamper dan banyak lagi. Kemeriahan jelas terasa apabila nama-nama pemenang diumumkan satu persatu.
Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat. Anda semua adalah nadi kepada kejayaan acara ini. Semoga Allah memberkati usaha kita dan mengurniakan keberkatan kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan masa.

Tahniah kepada semua pemenang cabutan bertuah! Semoga kita dapat terus bersama-sama memeriahkan acara-acara akan datang dengan lebih meriah dan berjaya.
Terima kasih dan sampai jumpa di acara seterusnya!