Beras Untuk 60,000 Asnaf -Pelancaran Mesin ATM Beras

Liputan daripada Astro Awani

Alhamdulillah, baru sahaja selesai majlis penyerahan mesin atm beras kepada pusat khidmat wakil rakyat (pkwr) pada pukul 10 pagi tadi.
Ketiga-tiga mesin tersebut diserahkan kepada adun tanjung dawai, yb ustaz hanif ghazali, adun pantai merdeka, yb ustaz fadzli hashim dan adun kuala ketil, yb mejar mansor zakaria.

Moga dengan penyerahan sebentar tadi, maka lagi luaslah manfaat yang masyarakat akan dapat terutama sekali kepada asnaf.

Video penerangan Ustaz Yusra tentang cara menggunakan mesin ATM beras

Target madad untuk projek madadcare, mesin atm beras ini adalah sebanyak 60,000 kg beras untuk 60,000 asnaf. Besar bukan?

Tetapi dengan kerjasama yang dilakukan bersama ketiga-tiga wakil adun sebentar tadi, inshaallah target itu boleh dicapai dengan lebih efisien.

Apa planning mesin ni untuk ke depan?

Baik, untuk yang akan datang, target mesin ini adalah untuk membantu memudahkan para pembayar fidyah. Akan diwujudkan satu sistem untuk mengira berapa beras yang perlu dibayar untuk selesaikan fidyah bagi dirinya tahun itu.

Mohon doa semua untuk kelancaran projek-projek madad.

Terima kasih kepada yang bersama-sama dalam barisan perjuangan madad. Jazakumullahu khair

Jom sama-sama menyumbang ke Project Rise For Asnaf dengan menekan butang dibawah ini

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

MADAD FESTIVAL 2025: Malam ke-8 MADAD Festival

Malam ke-8 MADAD Festival dan suasana masih rancak dengan kehadiran para jemaah yang tidak putus-putus. Malam ini, Ustaz Auni akan membawakan tajuk “Kesinambungan Langit dan Bumi” dalam sesi istimewa selepas solat Isyak. Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan menimba ilmu bersama. Sepanjang 11 hari ini, festival ini benar-benar memberikan pengalaman yang luar biasa! Kadang-kadang kepala

Madad Mega Sunathon 2025: Pengalaman Seumur Hidup!

Siapa kata jadi lelaki itu mudah? Peritnya tak terkata! Pengalaman yang pasti dikenang seumur hidup, dan tobat tak mau ulang lagi. Rasa nyilu masih terasa sampai sekarang! Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dari A hingga Z, termasuk ibu bapa serta anak-anak soleh yang memberikan kerjasama yang begitu baik dalam menjayakan Madad

MADAD FESTIVAL 2025: Lebih Dari Sekadar Festival Makanan

MADAD Festival 2025 bukan sekadar acara makan-makan semata-mata. Alhamdulillah, Team Madad telah menyusun pelbagai slot kerohanian setiap hari, memberikan peluang kepada para pengunjung bukan sahaja untuk menikmati hidangan yang lazat tetapi juga untuk mengisi jiwa dengan ilmu dan hikmah. Malam pertama festival ini berlangsung dengan penuh semangat walaupun hari bekerja. Keadaan di khemah utama begitu

MADAD FESTIVAL 2025: Kemeriahan Yang Dinanti!

Pagi ini, sebanyak 17 buah bas telah tiba di MADAD! Para pengunjung dari pelbagai tempat berkumpul untuk memeriahkan MADAD FESTIVAL 2025. Namun, masih ada yang belum sampai? Jangan risau, pintu festival masih terbuka untuk anda! Acara tahun ini menampilkan lebih daripada 40 gerai makanan yang sedia menggamit selera anda. Pilih sahaja hidangan kegemaran dan nikmati

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.