Days
Hours
Minutes
Seconds

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Project Rice For Asnaf (Mesin ATM Beras)

[give_form id="5792"]

Video liputan Astro Awani tentang Project Rise for Asnaf

MADADCARE – Project Rice For Asnaf

Projek ini merupakan inisiatif terbaru dari Murtadha Dakwah Centre kepada seluruh asnaf di sekitar negeri Kedah khususnya dan seluruh Malaysia secara umumnya.

Inisiatif ini merupakan satu usaha kecil tetapi insha Allah memberi makna yang amat besar buat mereka yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan asas.

Sumbangan sekilo beras untuk satu keluarga asnaf dengan mengunakan sistem yang sangat mudah dan cepat dalam proses pengambilan beras tersebut. Dengan hanya menyentuh kad yang disediakan atau menggunakan aplikasi yang bakal diwujudkan khas bagi memudahkan asnaf.

Selain itu, Mesin Rice For Asnaf juga berperanan untuk memudahkan orang ramai dalam melakukan proses fidyah, zakat dan sumbangan beras kepada asnaf. Prosesnya sangat mudah dengan cara meletakkan kuantiti beras yang ingin disumbangkan ke dalam mesin tersebut dengan bantuan penyelia bertugas.

Ingatlah masih ramai yang isi rumahnya nasi secawan dikongsi 8 penghuni rumah dan terkadang terpaksa catu berhari hari menunggu giliran untuk merasakan menu nasi itupun sekadar nasi lembik bersama garam.

Ayuh sama-sama kita sebarkan manfaat kebaikan yang mampu diperolehi oleh orang2 yang memerlukan melalui Mesin ATM Beras untuk Asnaf ini.

Kad Pintar MADAD Care digunakan untuk mengambil beras

Kad Pintar MADAD Care membolehkan golongan asnaf atau sesiapa sahaja yang memerlukan untuk mendapatkan beras dengan kuota 1 kilogram sehari, setiap hari secara percuma.

Video penerangan Ustaz Yusra tentang cara menggunakan mesin ATM beras

Galeri Gambar Project Rise For Asnaf

Jom Menyumbang Sambil Beramal

Pihak Madad berbesar hati untuk memberi HADIAH sebagai tanda penghargaan kami. Anda akan mendapat :
– 3 E-book
– 2 Taqwim
– 1 Bacaan surah solat terawih
– 1 Buletin madad

E-Book Khas daripada MADAD buat anda yang menyumbang!

Jom! Kita bagi sumbangan. InsyaAllah besar nikmatnya kepada anak – anak tahfiz ni. Besar juga pahalanya kepada kita. Semoga, setiap kebaikan yang kita lakukan menjadi pemberat timbangan kita di mahsyar.