Days
Hours
Minutes
Seconds

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Ayam Untuk 300 Keluarga Di PKPD Amanjaya

Kali ini Murtadha Dakwah Centre (MADAD) bergerak pula ke kawasan Amanjaya, Sungai Petani yang terlibat dengan PKPD akibat kes Covid-19 yang naik mendadak di kawasan ini. Alhamdulillah selesai pemberian sebanyak 300 ekor ayam di Zon

  • Kenanga
  • Mawar
  • Melur

Apabila diuji dengan perintah kawalan diperketatkan tersebut pastinya akan menyebabkan urusan membeli dan menambah barangan dapur semakin payah. Kedai dalam kawasan ini pun tidak dibenarkan untuk beroperasi.

Alhamdulillah Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dibawah program MADADCARE dengan kerjasama Wakil Kawasan Zon tersebut, Ustaz Hilmi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyampaikan bantuan sebanyak 300 ekor ayam di kawasan tersebut.

Terima kasih kepada semua yang terlibat pada hari ini. Terima kasih jua kepada Saudara Affan dan sahabatnya, En Malik dan sahabatnya atas tajaan perkhidmatan pengangkutan bagi menjayakan program ini. 

Marilah sama-sama kita mendoakan agar wabak Covid-19 dihilangkan terus dari muka bumi ini.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Kuliah Dhuha – Kesihatan Perut dan Puasa Ramadhan

Alhamdulillah, pagi ini Ustaz Yusra meluangkan masa bersama-sama untuk berkongsi tentang kesihatan perut dan kaitan dengan puasa bulan Ramadan, dari pandangan Islam. “…tamak, loba dan pembaziran, satu kezaliman lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan. Bagaimana nak atasi?” Jom kita sama-sama ikuti penerangan lanjut Ustaz Yusra dalam video di bawah :

Rindunya sang anak kepada kedua ibu bapanya

Setiap dari kita pasti mendambakan kasih sayang dari insan bergelar ibu dan ayah.  Alhamdulillah, beruntunglah mereka yang masih diberi peluang berjumpa dengan ibu ayah, merasai hangatnya kasih sayang mereka. Kami ingin berkongsi sedikit perkongsian yang sungguh menyentuh hati dari satu kajian.  Di dalam kajian tersebut, mereka telah meminta pendapat beberapa keluarga tentang momen yang paling

Undangan Juara Qori Indonesia meriahkan Ramadan 1445H

MashaAllah, pada malam ini  kami ingin mengumumkan kehadiran Juara Kebangsaan Qari dari Indonesia, yang telah memukau kita semua dengan bacaan yang luar biasa. Selepas sesi kami semalam, kami telah mengambil kira beberapa perkara untuk dipertingkatkan bagi memastikan pengalaman yang lebih lancar bagi semua yang hadir: Susunan Saf Solat: Kami telah meningkatkan susunan saf solat untuk

Suasana 3000 jemaah berbuka puasa 1 Ramadan 1445H

Alhamdulillah, gembira kami mendengar bahawa hari pertama berbuka puasa di MADAD telah menjadi pengalaman yang menyeronokkan bagi jemaah dan keluarga! Suasana seronok makan bersama dan berkongsi makanan pastinya memberikan kebahagiaan dan pengalaman yang unik. Tambahan pula jemaah tidak sabar menunggu sehingga habis solat yang diimamkan oleh Ustaz Hari Mulya. Yang paling menarik, menu berbuka petang

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.