Atlet Tahfiz Cemerlang Di Temasya Sukan HESA 2024

Alhamdulillah, kejayaan  Maahad Integrasi MADAD dalam Temasya Sukan HESA 2024 sangat bermakna bagi kami kerana atlet-atlet muda yang mewakili MADAD ini terdiri dari pelajar Tahfiz. 

Kejayaan ini sangat bermakna, terutama sekali bagi kali pertama menyertai temasya yang melibatkan 109 sekolah agama di Kedah.

Pelajar tahfiz berjaya menunjukkan bahawa mereka mampu mengimbangi antara pengajian Quran dan aktiviti sukan. Walaupun tanpa kemudahan lengkap, mereka tetap berlatih setiap petang di padang SMK Tunku Ismail selepas solat Asar. Ini membuktikan dedikasi dan komitmen mereka.

Kejayaan dalam sukan ini memberi pengalaman berharga dan membina semangat serta disiplin dalam diri pelajar tahfiz, membantu mereka cemerlang dalam pengajian Quran, agama, akademik, dan akhlak.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dan semoga Maahad Integrasi MADAD terus cemerlang dalam semua bidang!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Kuliah Dhuha: ‘Makin Berusia Makin Terasa’

Kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustazah Nazirah Abu Bakar ini membincangkan tentang fenomena peningkatan sensitiviti atau rasa ‘terasa’ yang sering dialami seiring dengan pertambahan usia. Bertentangan dengan pandangan umum yang menganggap perasaan ini sebagai kelemahan, Ustazah Nazirah menghuraikan bahawa rasa ‘terasa’ ini merupakan satu isyarat spiritual dan persediaan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk hamba-Nya

Hakikat Kejadian Manusia: Penawar Penyakit Sombong dan Bangga Diri

Kuliah ini membincangkan tentang sifat takabbur (sombong) dan bagaimana manusia seharusnya merawat penyakit hati ini dengan mengenali hakikat diri sendiri. Berikut adalah poin-poin utama yang disampaikan oleh Ustaz Yaakub Yusra: Hakikat Asal-Usul Manusia Ustaz menekankan bahawa manusia tidak layak untuk sombong kerana asal-usul kejadian kita adalah daripada sesuatu yang dianggap “hina” iaitu air mani (nutufah).

Ceramah Perdana Israk Mikraj 1447 Hijrah

Ceramah perdana yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Arifin Ayub ini dimulakan dengan menekankan kepentingan bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat, termasuk nafas dan peluang sampai ke malam 27 Rejab. Beliau mengingatkan bahawa kalimah syukur (Alhamdulillah) adalah rukun dalam solat yang wajib dibaca melalui surah Al-Fatihah. Peristiwa Israk Mikraj sebagai Penghiburan Peristiwa Israk Mikraj merupakan

Ceramah ‘Mikraj Muhasabah Jiwa Hamba’

Ceramah bertajuk “Mikraj Muhasabah Jiwa Hamba” yang disampaikan oleh Ustaz Azfar Razman ini memfokuskan kepada peristiwa agung Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW sebagai titik tolak pensyariatan ibadah solat, serta menekankan kepentingan muhasabah diri (introspeksi) dalam kehidupan seorang Muslim. Peristiwa Mikraj bukan sekadar kisah perjalanan fizikal dan spiritual, tetapi merupakan lambang ketinggian darjat solat dan

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.