Staff Juga Boleh Menyumbang! – RM700K untuk Pembangunan MADAD

Alhamdulillah, selepas 4 tahun bersama dalam dunia kripto, hari ini kami dapat menyumbang RM700,000 kepada dana pembangunan MADAD! Kali ini, kami sumbang duit untuk buat duit – satu usaha bagi memastikan kelestarian projek Edukidz terus berkembang.

Yang paling bermakna? Kami semua adalah staff sepenuh masa, tetapi urusan jual beli hanya dilakukan melalui WhatsApp. Tak ada alasan kalau ada keinginan dan kesungguhan.

Kebersamaan Adalah Kunci

Dalam organisasi, perkara paling penting bagi saya adalah kebersamaan. Contohnya:

Dua HOD kami, Kirah & Nadia, baru bersalin berturut-turut, tapi komitmen tetap tinggi, walaupun dalam pantang, tetap tak berkira dalam perjuangan kami.

Fund Manager kami, Acap, dulu hanya ada SPM, terus masuk kerja bahagian studio MADAD, sekarang dah berkeluarga—siap ngorat Ketua Jabatan Database jadi bini! Tapi sebab Acap jenis yang nak belajar, tak pelik dia cepat serap ilmu dan berkembang dalam bidang ni.

Bila tengok team kecil kami (5 orang) dapat hasil yang boleh dikongsi manfaatnya kepada orang ramai, rasa nak menitik air mata.

Mohon doakan agar team MADAD terus harmoni dan sentiasa lapar untuk memberi manfaat.

Nak Belajar Percuma? Jom!

Minggu depan, kami nak buat kelas percuma untuk yang berminat! Siapa nak join? Jangan lepaskan peluang—ilmu tak pernah merugikan.

#StaffJugaBolehMenyumbang #PembangunanMADAD #Kebersamaan #IlmuUntukUmmah

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Pengajian Dhuha: Syukur, Sabar & Jihad

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan untuk kita terus bersama dalam majlis ilmu yang penuh barakah. Walaupun pada hari ini Ustaz Yaakub Yusra tidak berpeluang untuk hadir, \ kami tetap terpaut pada suasana indah Pengajian Dhuha yang berlangsung dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Ketidakhadiran ini bukanlah kerana kelalaian, tetapi kerana urusan

Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah: Sambungan Ilmu dan Bimbingan Hati

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang terus memberi ruang dan kesempatan untuk kita menyambung pengajian kitab yang penuh hikmah, Bidayatul Hidayah. Pada sesi kali ini, pengajian telah disampaikan oleh Ustaz Afifi, yang dengan penuh ketenangan dan kelembutan menyelami inti pati ajaran Imam Al-Ghazali. Kitab ini bukan sekadar bacaan, tetapi panduan hidup yang mendidik hati

Pengajian Dhuha: Menyemai Cinta Ilmu & Menginsafi Hakikat Dunia

Alhamdulillah, meriah sungguh Pengajian Dhuha kali ini. Rombongan dari utara, selatan, timur dan barat hadir memenuhi ruang MADAD – menjadikan suasana pengajian begitu hidup dan menggugah hati. Ramainya jemaah yang datang, seolah-olah satu perhimpunan besar para pencinta ilmu, hadir bukan sekadar dengan langkah kaki tetapi dengan hati yang rindu kepada nasihat dan tazkirah. Kuliah pagi

Rezeki Anak Soleh: Harapan Baharu Akademi Tahfiz Bola

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas limpahan rahmat dan rezeki-Nya. Tahun pertama penubuhan Akademi Tahfiz Bola ini telah membawa satu nikmat yang besar dan penuh makna. Walaupun masih dalam fasa awal, pencapaian yang diraih merupakan tanda keberkatan dan doa yang terus mengiringi perjuangan ini. Rezeki yang diterima pada tahun pertama ini benar-benar membuka ruang harapan

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.