Days
Hours
Minutes
Seconds

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

1 Tan Daging Mampu Beli: Manfaat untuk Semua

Alhamdulillah, rezeki pagi ini 1 tan daging dapat dimanfaatkan untuk jualan mampu belisekilo hanya RM25! Daging pun masih merah segar, siapa tak mahu, kan?

Seronok bila tengok ramai yang dapat manfaat. Bayangkan kalau setiap masjid boleh buat inisiatif seperti ini—mungkin untung tak banyak, tapi pahala dan manfaat itu lebih besar. Dengan harga pasaran yang dah cecah RM40 sekilo, penjimatan belasan ringgit pun dah cukup besar buat mereka yang kurang berkemampuan.

Tak perlu buat setiap hari, nanti habis satu kariah kena gout. Cukuplah seminggu dua kali, asalkan istiqamah membantu ummah. InsyaAllah, dengan sokongan semua, kita boleh teruskan usaha ini lagi.

Doakan ya, ada beberapa sahabat yang dah mula menyatakan minat untuk turut serta dalam inisiatif ini. Moga makin ramai yang dapat menikmati harga berpatutan ini.

Gambar suasana Subuh tadi—geng budak masjid makin konsisten! MasyaAllah, semoga terus istiqamah.

#JualanMampuBeli #DagingSegar #EkonomiUmmah

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

MADAD FESTIVAL 2025: Malam ke-8 MADAD Festival

Malam ke-8 MADAD Festival dan suasana masih rancak dengan kehadiran para jemaah yang tidak putus-putus. Malam ini, Ustaz Auni akan membawakan tajuk “Kesinambungan Langit dan Bumi” dalam sesi istimewa selepas solat Isyak. Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan menimba ilmu bersama. Sepanjang 11 hari ini, festival ini benar-benar memberikan pengalaman yang luar biasa! Kadang-kadang kepala

Madad Mega Sunathon 2025: Pengalaman Seumur Hidup!

Siapa kata jadi lelaki itu mudah? Peritnya tak terkata! Pengalaman yang pasti dikenang seumur hidup, dan tobat tak mau ulang lagi. Rasa nyilu masih terasa sampai sekarang! Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dari A hingga Z, termasuk ibu bapa serta anak-anak soleh yang memberikan kerjasama yang begitu baik dalam menjayakan Madad

MADAD FESTIVAL 2025: Lebih Dari Sekadar Festival Makanan

MADAD Festival 2025 bukan sekadar acara makan-makan semata-mata. Alhamdulillah, Team Madad telah menyusun pelbagai slot kerohanian setiap hari, memberikan peluang kepada para pengunjung bukan sahaja untuk menikmati hidangan yang lazat tetapi juga untuk mengisi jiwa dengan ilmu dan hikmah. Malam pertama festival ini berlangsung dengan penuh semangat walaupun hari bekerja. Keadaan di khemah utama begitu

MADAD FESTIVAL 2025: Kemeriahan Yang Dinanti!

Pagi ini, sebanyak 17 buah bas telah tiba di MADAD! Para pengunjung dari pelbagai tempat berkumpul untuk memeriahkan MADAD FESTIVAL 2025. Namun, masih ada yang belum sampai? Jangan risau, pintu festival masih terbuka untuk anda! Acara tahun ini menampilkan lebih daripada 40 gerai makanan yang sedia menggamit selera anda. Pilih sahaja hidangan kegemaran dan nikmati

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.