Days
Hours
Minutes
Seconds

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

PKPD Dilanjutkan Di Kawasan Zon Melur

Sebelum ini, PKPD dikenakan bagi penduduk yang tinggal di kawasan Ambangan Height yang melibatkan 3 Zon, iaitu :

  • Zon Kenanga
  • Zon Mawar
  • Zon Melur

Kalau ikutkan PKPD ini telah tamat pada 15 September 2020 yang lalu, tapi untuk kawasan Zon Melur PKPD dilanjutkan sehingga 27 September 2020. Ini kerana terdapat kes baru di kawasan ini pada hari-hari terakhir pelaksanaan PKPD.

Alhamdulillah, Murtadha Dakwah Centre (MADAD) di bawah unit MADADCARE telah selesai menjadi perantara untuk bantuan ‘1kg ikan temenung, 1 keluarga”. Bantuan yang diberikan keseluruhannya berjumlah 650kg ikan untuk penduduk-penduduk yang terjejas pendapatan apabila diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Di Zon Melur ini terdapat lebih kurang 650 keluarga secara keseluruhannya.

Setinggi penghargaan kepada pihak Al Hikmah Sdn Bhd dan Pemuda Pas Sungai Petani sebagai watak utama dalam penyampaian sumbangan hari ini. Tidak kurang jua kepada pihak JKM yang membantu dari sudut urusan dan sebagainya dalam melancarkan misi kali ini.

Terima kasih pada semua pihak yang terlibat pada hari ini. Semoga Allah memudahkan urusan penduduk-penduduk di Zon Melur.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Tumbangnya 125 ekor lembu di Aidiladha 1445H

Acara Qurban tahun ini telah berjalan dengan lancar! Sebanyak 710 bahagian dan 125 ekor lembu telah diselesaikan menjelang jam 4 pagi. Terima kasih kepada semua petugas yang bekerja keras, kita telah berjaya meningkatkan kelancaran proses berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun, terdapat satu insiden di mana seekor lembu terlepas dan pergi ke arah van-van tahfiz. Kami memohon

“Tubuh badan itu Amanah Allah!..” – Solat Sunat Aidiladha 1445

Alhamdulillah, hari ini selepas selesai solat sunat Aidiladha, khutbah yang telah dibacakan oleh Ustaz Yaakub Yusra –  berkisarkan tajuk Kesihatan dan Tubuh Badan Amanah Allah. “…24 jam Allah bagi untuk kalian, apa yang kalian lakukan dengan masa itu?” MashaAllah, selalu kita dengar, tapi pasti akan terkesan di hati setiap kali peringatan ini diberi. Jom ikuti

Tanyalah Ustaz – Didiklah Anak Mengikut Zaman

Alhamdulillah, hari ini berlangsung siaran langsung Tanyalah Ustaz 2024 dalam topik Didik Anak Mengikut Zaman. Bersama moderator Da’i Azrin dan panelis Ustaz Mohammad Yaakub Yusra dan tetamu undangan Nureddy Nursal (Pemilik Pasukan Homebois) “…Kenapa anak-anak menjadi lebih degil dan memberontak, walaupun sudah dinasihat?” Jom ikuti ulasan lanjut dalam sesi penuh bersama panel-panel jemputan :

Forum Dhuha – Jauhi Skim Cepat Kaya

Alhamdulillah, topik kesedaran yang menarik hari ini, Jauhi Skim Cepat Kaya!. Lagi menarik adalah sesi hari ini dikongsi sendiri oleh Datuk Haji Mohd Asri, Mentor Pelaburan patuh syariah Malaysia, bersama-sama Ustaz Haslim Baharim. “…sedih, hanya 4% sahaja bumiputera di Malaysia yang terlibat dalam dunia saham sebenar, tetapi ramai bumiputera yang ‘terkena’ jerat scammer” Jom kita

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.