
Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan.
Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan masa menghadiri majlis ilmu walaupun sibuk dengan undangan dan persiapan Aidilfitri. Ia adalah satu bukti bahawa semangat untuk terus belajar dan mendalami ilmu agama tidak pernah terhenti, biarpun dalam musim perayaan.
Semoga majlis-majlis ilmu seperti ini terus menjadi medan penyucian jiwa, penguat iman, dan perekat ukhuwah antara kita semua. Moga juga Allah memberkati setiap langkah para pencinta ilmu dan mengurniakan kita istiqamah dalam perjalanan mencari redha-Nya.
Boleh klik link di bawah untuk saksikan rakaman penuh:
https://web.facebook.com/share/v/1ACJmu2JBB/





