Kemeriahan rombongan ke Madad berterusan

Alhamdulillah, ini satu perkembangan yang sangat baik apabila semakin ramai yang berkunjung ke MADAD. Tambahan pula mereka bukan lagi sekadar untuk bersuka ria, tetapi dengan niat untuk menimba ilmu.

Walaupun MADAD hanya memiliki sebuah masjid kecil yang baru sahaja disiapkan, namun syukur atas keterbukaan hati yang Allah berikan pada mereka, masjid Madad sentiasa dipenuhi insan-insan baik.

Pagi tadi, satu rekod tercipta apabila 12 buah bas tiba dari pelbagai tempat untuk bersama-sama menunaikan solat Subuh di masjid. Masjid sudah mula meriah seawal jam 3 pagi. Ini membuktikan bahawa apabila kita membuka masjid untuk beroperasi 24 jam, ramai yang akan menjadikannya sebagai pusat persinggahan. Dengan kehadiran mereka, secara automatik mereka akan bersolat berjemaah. Nampak seperti perkara yang mudah, tetapi manfaatnya sangat besar untuk ummah.

Semasa kuliah berlangsung, terdapat 25 buah bas lagi yang hadir. Adakah ini berbayar? Jawapannya tidak. Mereka adalah tetamu kami, dan menjadi kewajipan kami untuk meraikan mereka sebaik mungkin.

Jika tidak mampu meraikan dengan makanan, raikanlah dengan senyuman. Memang secara logik, masjid tidak mampu menanggung kos makanan bagi semua yang hadir, tetapi Allah sentiasa memberi kecukupan.
Alhamdulillah.

Jemput lah datang memeriahkan lagi suasana di Madad!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Keindahan Tarawih di MADAD: Sebuah Malam Penuh Keberkatan

Malam ini, suasana di MADAD benar-benar dipenuhi dengan keberkatan dan kehangatan ukhuwah Islamiah. Jemaah yang hadir begitu bersemangat menunaikan solat tarawih, seolah-olah tidak mahu berhenti. Dengan keimanan yang kukuh, mereka menikmati setiap rakaat, merasakan ketenangan dan kedamaian dalam ibadah. Ustaz Fahmi Asraf bertindak sebagai imam, manakala Ustaz Hari Mulya menggalas tugas sebagai bilal, menjadikan pengalaman

Keberkatan Ramadan di Masjid MADAD: Suasana Berbuka Puasa dan Ibadah yang Meriah

Alhamdulillah, suasana berbuka puasa di Masjid MADAD semakin meriah dengan kehadiran jemaah yang ramai. Kehangatan kebersamaan jelas terasa apabila umat Islam berkumpul untuk berbuka puasa bersama, mengeratkan ukhuwah serta menikmati juadah dalam suasana penuh keberkatan. Setelah berbuka, jemaah turut beramai-ramai menunaikan solat Tarawih yang dipimpin oleh Imam Ustaz Wan Ahmad Nur Firas. Bacaan beliau yang

Malam Keenam Solat Tarawih: Keindahan Kebersamaan di Bulan Ramadan

Alhamdulillah, malam keenam solat Tarawih di masjid kami berlangsung dengan penuh keberkatan. Jemaah yang hadir tetap ramai, menunjukkan semangat tinggi dalam mengimarahkan rumah Allah pada bulan yang mulia ini. Suasana berbuka puasa juga meriah dengan kehadiran ramai ahli keluarga yang bersama-sama menikmati juadah sambil mengeratkan silaturahim. Momen-momen seperti ini pastinya akan kekal dalam ingatan sebagai

Buah Mula Hari Pertama Berbuka Puasa – Momen Berharga Bersama Keluarga

Alhamdulillah, hari pertama Ramadan telah pun berlalu. Suasana berbuka puasa bersama keluarga memang sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Buah-buahan segar sebagai juadah pembuka, disulami dengan gelak tawa anak-anak, dan hidangan ringkas yang dinikmati penuh syukur – inilah antara momen yang menjadi penawar hati setelah seharian menahan lapar dan dahaga. Apa yang lebih bermakna, selepas

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.