HuffazCamp 2023 – 11 Muka Surat Dalam Masa 5 Hari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Huffazcamp 2023 dapat dijalankan seperti yang dirancang. Untuk kali ni, Huffazcamp dihadiri oleh 50 lebih orang peserta. Peserta ini yang lulus dari saringan pertama iaitu Huffazcamp Online yang dijalankan pada bulan 12 2022.

Kesemua peserta menunjukkan komitmen yang terbaik dan semangat nak menghafal alQuran yang tinggi. Huffazcamp 2023 ini diadakan di Pendang Lake Resort, Pedang Kedah. Bermula 23 Januari sehingga 27 Januari 2023. 

Sahaja MADAD anjurkan jauh sikit dari MADAD supaya peserta dapat menghafal dalam suasana yang tenang.

Bukan sahaja menghafal, peserta juga diajarkan cara memanah yang betul daripada team Mahabbah Archery. Aktiviti memanah berjalan pada setiap petang. Secara tak langsung peserta dapat belajar sukan sunnah yang tak semua orang dapat.

Peserta diajarkan teknik-teknik menghafal mengikut kaedah karantina yang digunapakai di Maahad Integrasi MADAD (MIM). Kesemua peserta menggunakan teknik ini untuk menghafal sepanjang program. Ada peserta yang berjaya menghafal sehingga 11 muka surat sepanjang program ni berjalan.

Tahniah buat semua peserta dan pemenang dalam Huffazcamp 2023 ini.


PESERTA TERBAIK

Muhammad Uwais Alqarni bin Abd Razak

 

HAFAZAN TERBAIK

Muhammad Aqeef Darwisy bin Mohd Akmal

 

AKHLAK TERPUJI

Muhammad Asfa Iqbal bin Mohd Azhar

 

ZERO TO HERO

Ulu Azmi bin bin Yuszaini

 

PESERTA HARAPAN

Muhammad Adzleef Hazran bin Mohd Hazrin

 

Jumpa lagi di Huffazcamp yang seterusnya

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

Ramadan Menghampiri Penghujungnya: Kenangan dan Penghargaan Buat MADAD

Ramadan semakin melabuhkan tirainya, dan kini hanya berbaki dua hari sebelum bulan yang penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Hati menjadi sayu mengenangkan betapa pantas masa berlalu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan Ramadan sekali lagi pada tahun hadapan, dengan kesihatan dan iman yang lebih kuat, insyaAllah. Pada malam ini, solat tarawih di

Kenangan Indah di Masjid Madad: Bacaan Sheikh Amir dan Kebersamaan Keluarga

Malam ini begitu menyentuh hati apabila mendengar bacaan Sheikh Amir dalam solat terawih. Suaranya yang merdu mengingatkan kembali momen solat di Masjidil Haram, satu kenangan yang pastinya dirindui oleh ramai. Hari ke-10 Ramadan di Masjid Madad terus meriah dengan tradisi berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Walaupun hari bekerja, ramai yang tetap meluangkan masa untuk

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.