Hafaz Quran Otak Geliga : Inspirasi Dari Kejayaan MTNP

Siapa sangka tahun ini negara kita dikejutkan dengan berita luar biasa – Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) berjaya menjadi sekolah terbaik Malaysia untuk SPM dengan pencapaian luar biasa, GPS 1.07! Ini benar-benar membuka mata ramai dan membuktikan sesuatu yang sebelum ini mungkin tidak terjangkau akal bagi sesetengah pihak.

Dulu, apabila institusi seperti MRSM mula melaksanakan program Ulul Albab, ramai pihak skeptikal. Ada yang mengatakan bahawa pelajar akan tercicir dalam akademik jika mereka juga perlu menghafal al-Quran. Namun, pelajar-pelajar Ulul Albab telah membuktikan sebaliknya – pencapaian mereka jauh lebih baik daripada yang hanya fokus kepada akademik semata-mata. Kejayaan ini menjadi bukti nyata bahawa al-Quran adalah mukjizat yang membawa manfaat besar kepada manusia.

Kajian juga menunjukkan bahawa otak manusia kini hanya menggunakan kurang daripada 5% dari kemampuan sebenar. Jadi, mengapa kita meragui manfaat yang terkandung dalam al-Quran, mukjizat Allah yang pasti membawa kebaikan?

Hari ini, kami dari Team Pendidikan Maahad Integrasi MADAD berpeluang untuk membuat lawatan penanda aras ke MTNP. Alhamdulillah, selepas berjaya membuktikan kehebatan dalam bidang sukan sebagai Juara Keseluruhan di HESA Kedah tahun ini, fokus kami kini beralih kepada bidang akademik.

Untuk tahun hadapan, kami bersedia melangkah lebih jauh dengan penubuhan empat akademi baharu:

  1. Akademi Tahfiz Robotik
  2. Akademi Tahfiz Esport
  3. Akademi Tahfiz Taranum
  4. Akademi Tahfiz Sepak Takraw

Ini adalah usaha kami untuk melahirkan generasi hafiz al-Quran yang serba boleh, menguasai pelbagai bidang profesional dan teknologi terkini. Pendidikan di MADAD adalah percuma, dan kami hanya memerlukan komitmen tinggi daripada pelajar serta ibu bapa untuk menjayakan misi ini.

Kami sangat berterima kasih kepada Team MTNP atas layanan baik sepanjang lawatan ini. InsyaAllah, kami juga bercadang untuk mengadakan sesi motivasi bersama pelajar di sini untuk berkongsi bagaimana sistem dan silibus yang efektif mampu menghasilkan kejayaan luar biasa.

Doakan kami agar sebelum tahun 2030, Maahad Integrasi MADAD dapat tersenarai dalam top 10 sekolah terbaik Malaysia untuk SPM, sekali gus melahirkan teknokrat profesional yang juga hafiz al-Quran. Ayuh, bersama kita jayakan misi ini!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rezeki Perlumbaan dan Hikmah Sebalik Usaha

Kali ini, rezeki tidak menyebelahi adik Faris dalam kategori 80km endurance. Dalam pusingan lalu, abang Fateh pula terpaksa akur dengan keputusan disqualified (DSQ). Beginilah adat permainan — kita boleh usaha sebaik mungkin, tetapi jika belum rezeki, tetap juga tidak akan lepas. Perlumbaan kali ini memang mencabar. Seramai 10 orang anak tahfiz turut serta dalam kategori

Kuliah Dhuha Tetap Meriah, Meskipun Dalam Kesibukan Rumah Terbuka Aidilfitri

  Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan. Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.