Berita Duka – Pemergian Staff MADAD,Firdaus Saufi Safiyudin

Penghormatan Akhir: Mengenang Seorang Sahabat Soleh

Saya masih teringat detik semalam, ketika Azfar datang membisikkan sesuatu kepada saya. Dengan mata yang berkaca dan suara yang bergetar menahan sebak, dia berkata, “Saya bersaksi, ustaz. Arwah selalu membaca al-Quran bila tiada orang semasa bertugas di masjid.” Kata-katanya itu begitu menyentuh hati, mengingatkan saya betapa mulianya sifat dan amalan almarhum.

Semalam, keluarga besar kami di MADAD kehilangan seorang staf yang amat baik. Beliau bertugas di bahagian sambut tetamu di masjid, satu tugas yang walaupun tampak sederhana, sebenarnya membawa makna yang besar. Kehadirannya sering membawa senyuman dan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang bertandang ke rumah Allah.

Salah satu tanda keperibadian orang yang soleh adalah bagaimana orang lain mengingati dan menghargai mereka selepas pemergiannya. Semalam, meskipun notis untuk solat jenazah diberitahu pada saat akhir, ramai yang hadir. Ia menggambarkan betapa dihormati dan disayangi almarhum. Allah juga mempermudahkan segala urusan. Arwah meninggal dunia sekitar jam 6 petang dan sebelum tengah malam, jasadnya telah selamat disemadikan di Gurun.

Kami semua mendoakan semoga almarhum Firdaus Saufi Safiyudin ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di sisi-Nya. Umurnya mungkin tidak panjang, tetapi baktinya kepada keluarga, sahabat, dan masyarakat amat besar. Kehilangannya dirasai bukan hanya oleh kami di MADAD, tetapi juga oleh sesiapa yang pernah berinteraksi dengannya.

Kepada yang berkesempatan, petang ini kami akan berkumpul di Karnival Guar Chempedak. InsyaAllah, Ustaz Firdaus Firabib akan bersama kita pada jam 5 petang. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Adinda Firdaus, rehatlah dengan tenang di sana. Segala amal baikmu menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Kami di sini akan terus mendoakanmu. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan dilimpahi kasih sayang-Nya yang tiada batas.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Kuliah Dhuha: ‘Makin Berusia Makin Terasa’

Kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustazah Nazirah Abu Bakar ini membincangkan tentang fenomena peningkatan sensitiviti atau rasa ‘terasa’ yang sering dialami seiring dengan pertambahan usia. Bertentangan dengan pandangan umum yang menganggap perasaan ini sebagai kelemahan, Ustazah Nazirah menghuraikan bahawa rasa ‘terasa’ ini merupakan satu isyarat spiritual dan persediaan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk hamba-Nya

Hakikat Kejadian Manusia: Penawar Penyakit Sombong dan Bangga Diri

Kuliah ini membincangkan tentang sifat takabbur (sombong) dan bagaimana manusia seharusnya merawat penyakit hati ini dengan mengenali hakikat diri sendiri. Berikut adalah poin-poin utama yang disampaikan oleh Ustaz Yaakub Yusra: Hakikat Asal-Usul Manusia Ustaz menekankan bahawa manusia tidak layak untuk sombong kerana asal-usul kejadian kita adalah daripada sesuatu yang dianggap “hina” iaitu air mani (nutufah).

Ceramah Perdana Israk Mikraj 1447 Hijrah

Ceramah perdana yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Arifin Ayub ini dimulakan dengan menekankan kepentingan bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat, termasuk nafas dan peluang sampai ke malam 27 Rejab. Beliau mengingatkan bahawa kalimah syukur (Alhamdulillah) adalah rukun dalam solat yang wajib dibaca melalui surah Al-Fatihah. Peristiwa Israk Mikraj sebagai Penghiburan Peristiwa Israk Mikraj merupakan

Ceramah ‘Mikraj Muhasabah Jiwa Hamba’

Ceramah bertajuk “Mikraj Muhasabah Jiwa Hamba” yang disampaikan oleh Ustaz Azfar Razman ini memfokuskan kepada peristiwa agung Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW sebagai titik tolak pensyariatan ibadah solat, serta menekankan kepentingan muhasabah diri (introspeksi) dalam kehidupan seorang Muslim. Peristiwa Mikraj bukan sekadar kisah perjalanan fizikal dan spiritual, tetapi merupakan lambang ketinggian darjat solat dan

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.