Buah Mula Hari Pertama Berbuka Puasa – Momen Berharga Bersama Keluarga

default

Alhamdulillah, hari pertama Ramadan telah pun berlalu. Suasana berbuka puasa bersama keluarga memang sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Buah-buahan segar sebagai juadah pembuka, disulami dengan gelak tawa anak-anak, dan hidangan ringkas yang dinikmati penuh syukur – inilah antara momen yang menjadi penawar hati setelah seharian menahan lapar dan dahaga.

Apa yang lebih bermakna, selepas berbuka tidak perlu lagi tergesa-gesa. Tiada kesibukan mengejar waktu, tiada kekalutan mengejar tempat solat – segalanya tenang dan damai. Selesai makan, dapat pula solat berjemaah bersama keluarga. Inilah ‘healing’ sebenar – ketenangan dan kebersamaan yang memberi kekuatan rohani.

Percayalah, detik-detik ini akan dikenang oleh anak-anak. Mereka mungkin tidak akan mengingati juadah apa yang dihidang, tetapi mereka akan rindu suasana yang dicipta – kasih sayang, tawa mesra, dan waktu bersama yang tidak terganti. Jadikanlah Ramadan ini ruang untuk membina memori indah yang akan kekal dalam ingatan mereka selamanya, insyaAllah.

Jumpa lagi esok. Jangan lupa, kuliah Zohor berkitab bersama Ustaz Wan Amer akan bermula. Jom kita manfaatkan peluang ilmu ini. Ajak sahabat-sahabat, mari sama-sama hadir. Pakat-pakat mai naa.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Pengajian Dhuha: Syukur, Sabar & Jihad

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan untuk kita terus bersama dalam majlis ilmu yang penuh barakah. Walaupun pada hari ini Ustaz Yaakub Yusra tidak berpeluang untuk hadir, \ kami tetap terpaut pada suasana indah Pengajian Dhuha yang berlangsung dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Ketidakhadiran ini bukanlah kerana kelalaian, tetapi kerana urusan

Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah: Sambungan Ilmu dan Bimbingan Hati

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang terus memberi ruang dan kesempatan untuk kita menyambung pengajian kitab yang penuh hikmah, Bidayatul Hidayah. Pada sesi kali ini, pengajian telah disampaikan oleh Ustaz Afifi, yang dengan penuh ketenangan dan kelembutan menyelami inti pati ajaran Imam Al-Ghazali. Kitab ini bukan sekadar bacaan, tetapi panduan hidup yang mendidik hati

Pengajian Dhuha: Menyemai Cinta Ilmu & Menginsafi Hakikat Dunia

Alhamdulillah, meriah sungguh Pengajian Dhuha kali ini. Rombongan dari utara, selatan, timur dan barat hadir memenuhi ruang MADAD – menjadikan suasana pengajian begitu hidup dan menggugah hati. Ramainya jemaah yang datang, seolah-olah satu perhimpunan besar para pencinta ilmu, hadir bukan sekadar dengan langkah kaki tetapi dengan hati yang rindu kepada nasihat dan tazkirah. Kuliah pagi

Rezeki Anak Soleh: Harapan Baharu Akademi Tahfiz Bola

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas limpahan rahmat dan rezeki-Nya. Tahun pertama penubuhan Akademi Tahfiz Bola ini telah membawa satu nikmat yang besar dan penuh makna. Walaupun masih dalam fasa awal, pencapaian yang diraih merupakan tanda keberkatan dan doa yang terus mengiringi perjuangan ini. Rezeki yang diterima pada tahun pertama ini benar-benar membuka ruang harapan

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.