Lepak Geng Utagha – 3,000 anak muda mencorak Kehidupan Positif

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, lebih 3,000 anak muda terlibat dalam Program Lepak Geng Utagha yang diadakan baru-baru ini.

Menerusi program ‘Lepak Geng Utagha’, anak muda di sekitar Kedah diberi pendedahan untuk mencorak kehidupan yang positif dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah.

Program ini juga secara tidak langsung memberi pendedahan kepada anak muda dengan kerja kebajikan yang dapat memperkasakan bangsa, agama dan negara.

Antara program yang diadakan termasuk pertandingan bola sepak Liga Sepak Penalti dan sukan elektronik dikenali Madad E-Football 23 Mobile.

Bagi mendekatkan anak muda dengan majlis ilmu, peserta diajak untuk turut serta dalam kuliah Dhuha sebelum program bermula.

Tambahan juga program ini merupakan inisiatif Masjid Darul Murtadha bukan sahaja berfungsi sebagai rumah ibadat tetapi diperluaskan kepada pelbagai aktiviti kemasyarakatan merangkumi aspek kesihatan sesuai kehendak lapisan masyarakat terutamanya golongan muda.

Program ini juga mendapat liputan di pelbagai media dan portal lain, seperti:

Xtra –
https://www.xtra.com.my/trending/kisah-viral/program-lepak-geng-utagha-inisiatif-ajak-anak-muda-meriahkan-masjid/

Utusan Malaysia –
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/3000-anak-muda-meriahkan-program-lepak-geng-utagha/

Twitter Berita Alhijrah –
https://twitter.com/beritaalhijrah/status/1685869098323107840

Tahniah buat semua peserta dan pemenang Lepak Utagha kali ini, dan terima kasih atas sokongan semua.



Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

Ramadan Menghampiri Penghujungnya: Kenangan dan Penghargaan Buat MADAD

Ramadan semakin melabuhkan tirainya, dan kini hanya berbaki dua hari sebelum bulan yang penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Hati menjadi sayu mengenangkan betapa pantas masa berlalu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan Ramadan sekali lagi pada tahun hadapan, dengan kesihatan dan iman yang lebih kuat, insyaAllah. Pada malam ini, solat tarawih di

Kenangan Indah di Masjid Madad: Bacaan Sheikh Amir dan Kebersamaan Keluarga

Malam ini begitu menyentuh hati apabila mendengar bacaan Sheikh Amir dalam solat terawih. Suaranya yang merdu mengingatkan kembali momen solat di Masjidil Haram, satu kenangan yang pastinya dirindui oleh ramai. Hari ke-10 Ramadan di Masjid Madad terus meriah dengan tradisi berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Walaupun hari bekerja, ramai yang tetap meluangkan masa untuk

Suasana Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Masjid Madad

Menikmati waktu berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat sememangnya suatu pengalaman yang amat berharga. Suasana di Masjid Madad pada waktu ini dipenuhi dengan jemaah yang datang bersama ibu bapa, pasangan, anak-anak, serta rakan-rakan. Ia menjadi satu detik kebersamaan yang mengeratkan silaturahim dalam bulan penuh keberkatan ini. Malam ini juga merupakan malam kedua dan terakhir bagi

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.