Projek Rumah Kucing MADAD (RKM) telah dibangunkan pada 5 Mei 2022 dengan permulaan kemasukan kucing sebanyak 12 ekor. Kemudian, kemasukan kucing semakin bertambah hari demi hari sehingga memberi idea kepada Pengarah Urusan MADAD untuk membesarkan lagi rumah kucing ini dengan membangunkan sebuah taman yang berkonsepkan alam semula jadi berserta fasiliti yang lengkap seperti klinik, bilik grooming dan taman permainan kucing. Hal ini bagi memastikan kucing-kucing di sini dapat membesar dengan sihat dan lebih terjaga keperluan asas mereka.
Kebanyakan kucing yang berada di RKM merupakan kucing jalanan yang diselamatkan oleh Team Rumah Kucing dan kucing yang dihantar oleh penyelamat kucing di sekitar Kedah. Selain perkhidmatan menyelamatkan kucing jalanan, kami juga turut menawarkan perkhidmatan pengambilan kucing angkat, Program sukarelawan, hotel kucing, Program pendidikan kesihatan dan dandanan kucing, sesi bermain bersama si manja, beli dan sedekah serta lain-lain perkhidmatan yang akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.Semoga dengan kewujudan Rumah Kucing MADAD ini dapat menjadi salah satu usaha murni yang akan diteruskan lebih ramai individu di luar sana. InshaaAllah.
Suasana di Ruang Permainan (Main Cam)
Ia juga adalah contoh yang menginspirasi tentang apa yang boleh dicapai oleh sebuah komuniti apabila mereka bersatu untuk satu matlamat yang sama. Sumbangan daripada ahli komuniti menjadikan rumah kucing ini beroperasi dan membolehkan pertubuhan bukan kerajaan untuk memperluaskan usaha mereka untuk membantu lebih banyak kucing yang memerlukan. Jika anda ingin menyokong inisiatif ini, sumbangan anda bukan sahaja dialu-alukan, malah penting untuk meneruskan kerja baik yang dilakukan untuk kucing-kucing Madad.
Dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang,
kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.