Istilah karantina bermaksud mengasingkan diri. Teknik karantina ini diguna pakai di Indonesia di mana pelajarnya tidak dibenarkan untuk menggunakan gadjet sepanjang tempoh hafalan.
Ustaz Yaakub Yusra melihat teknik ini berbeza dengan metode hafalan yang lain dan ia sesuai diaplikasikan di Madad. Antara kelebihan teknik karantina ialah pelajar dapat menghabiskan hafalan dalam masa yang singkat.
Jom sama-sama kita tonton video untuk mempelajari bagaimana teknik karantina digunakan.
Karantina Tahfiz Hafal Al-Quran adalah satu program yang berteraskan konsep pengasingan (kuarantin) dan meninggalkan hal2 duniawi (contoh TV, handphone dan lain2 gadget ).
Teknik ini juga menggunakan cara hafalan Metode Yadain. Bagi memastikan keberkesanan teknik ini, perlu berdamping dengan Al-Quran selama 8 hingga 10 jam sehari bersama Al-Quran dengan bimbingan guru tasmik yang berkelayakan.
Teknik ini membolehkan tempoh hafalan dalam masa yang singkat. Untuk maklumat lanjut tentang teknik hafalan metode yadain yang dikongsikan oleh Ustaz Ashraf Yusof , boleh rujuk dalam video di youtube.
Dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang,
kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.
Atau emailkan persoalan / aduan anda terus ke
[email protected]