Permaidani Indah, Khusyuk Bertambah

Khusyuk dalam solat bukan lah perkara yang mudah. Tapi ada banyak cara untuk menambahkan kekhusyukan dalam beribadah. Salah satunya adalah dengan persekitaran ibadah yang selesa dan sempurna.

Oleh itu Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dibawah program MADADCARE dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Tanjung Dawai menjalankan sebuah projek menyumbang permaidani kepada surau-surau yang terpilih.

Untuk sumbangan permaidani kali ini, MADADCARE telah memperuntukkan sebanyak 5000 kaki permaidani dan sebanyak 4 buah surau yang di pilih. Wow! Banyak kan?

Surau yang MADAD pilih kali ni adalah :

  • 1) Surau Taman Malinja
  • 2) Surau Al Mu’min, Taman Saujana Indah, Fasa 6.
  • 3) Surau As Syakirin, Taman Lembah Bujang
  • 4) Surau Ar-Rahmaniah, Pusat Tarbiyyah Islam Merbok (PUTIM).

Misi sumbangan permaidani ni MADAD mulai dengan Surau Taman Malinja. Untuk pengetahuan, surau Taman Malinja adalah sebuah surau yang sangat aktif berprogram. Sebanyak 796 kaki telah disumbangkan untuk surau ni. Seterusnya adalah :

  • Surau Al Mu’min, Taman Saujana Indah (1082 kaki)
  • Surau As-Syakirin (1614 kaki)
  • Surau Ar-Rahmaniah, PUTIM (726 kaki).

Semoga sumbangan ni menambahkan lagi keselesaan dan khusyuk untuk beribadah kepada semua penduduk di kawasan surau tersebut. Jom bersama MADAD untuk bantu lebih ramai orang!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rezeki Perlumbaan dan Hikmah Sebalik Usaha

Kali ini, rezeki tidak menyebelahi adik Faris dalam kategori 80km endurance. Dalam pusingan lalu, abang Fateh pula terpaksa akur dengan keputusan disqualified (DSQ). Beginilah adat permainan — kita boleh usaha sebaik mungkin, tetapi jika belum rezeki, tetap juga tidak akan lepas. Perlumbaan kali ini memang mencabar. Seramai 10 orang anak tahfiz turut serta dalam kategori

Kuliah Dhuha Tetap Meriah, Meskipun Dalam Kesibukan Rumah Terbuka Aidilfitri

  Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan. Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.