Kuliah Dhuha Madad – Pengalaman Bermakna Buat 2000 Jemaah

Alhamdulillah masjid Madad menjadi saksi kepada pengisian hati yang mendalam melalui kuliah Dhuha yang dianjurkan baru-baru ini.

Alhamdulillah, 1000 pinggan nasi dan 700 pinggan bubur yang lazat disediakan dengan penuh kasih sayang untuk tetamu-tetamu yang menghadiri kuliah tersebut – secara Percuma!

Semua jenis makanan yang disediakan secara percuma menunjukkan semangat kebersamaan dan amal jariah yang tinggi dari pihak penyumbang dan masyarakat sekeliling.

Kami sangat bersyukur atas kehadiran hampir 2000 orang jemaah dalam kuliah tersebut.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi datang untuk mengaji di Madad.

InshaAllah, kami berharap dapat meneruskan kuliah berkitab pada minggu hadapan. Jumpa nanti ya!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rezeki Perlumbaan dan Hikmah Sebalik Usaha

Kali ini, rezeki tidak menyebelahi adik Faris dalam kategori 80km endurance. Dalam pusingan lalu, abang Fateh pula terpaksa akur dengan keputusan disqualified (DSQ). Beginilah adat permainan — kita boleh usaha sebaik mungkin, tetapi jika belum rezeki, tetap juga tidak akan lepas. Perlumbaan kali ini memang mencabar. Seramai 10 orang anak tahfiz turut serta dalam kategori

Kuliah Dhuha Tetap Meriah, Meskipun Dalam Kesibukan Rumah Terbuka Aidilfitri

  Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan. Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.