Penantian Yang Penuh Makna!

Memang dah jadi matlamat bagi Madad untuk bawak YB Senator Datuk Dr. Zulkifli supaya rasmikan projek pembangunan yang akan datang.

Alhamdulillah, izin Allah untuk awalkan pertemuan kita. Walaupun persiapan hanya 2 hari. Tapi team Madad sanggup tak cukup tidur supaya Datuk Dr. Zulkifli dan pegawai2 selesa berada di Madad.

Kunjungan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli ke Madad lebih kurang jam 5 petang. Sebak tengok usaha yang seorang menteri agama yang tak kenai apa itu penat. Berhari2 di utara ni untuk bagi sumbangan kepada orang ramai.

Walaupun Madad tak lah harap apa2 sumbangan, tapi tetap juga diberi sumbangan. InShaAllah Madad akan gunakan sumbangan ni untuk bagi lebih manfaat kepada semua orang. Doa kan nah.

Kata Datuk Dr. Zulkifli usaha membina masjid satu usaha yang baik, namun perlu di maksimakan penggunaannya dan ruang yang ada. Biarpun ruang masjid itu kecil, tapi perlu maksimakan penggunaan dan ia amat-amatlah penting.

Kata2 ni Madad ambil sebagai nasihat untuk terus maju sebagai Pusat Komuniti Islam terbesar di Utara. Amin.

Walaupun ada usaha2 untuk menggagalkan program ni. Tapi percayalah perancangan Allah melebihi segalanya dari perancangan si makhluk.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar sangat 🥰. Doakan Madad nah. Sama2 kita bangunkan Pusat Komuniti Islam! 💪🏻💪🏻

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Ramadan Menghampiri Penghujungnya: Kenangan dan Penghargaan Buat MADAD

Ramadan semakin melabuhkan tirainya, dan kini hanya berbaki dua hari sebelum bulan yang penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Hati menjadi sayu mengenangkan betapa pantas masa berlalu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan Ramadan sekali lagi pada tahun hadapan, dengan kesihatan dan iman yang lebih kuat, insyaAllah. Pada malam ini, solat tarawih di

Kenangan Indah di Masjid Madad: Bacaan Sheikh Amir dan Kebersamaan Keluarga

Malam ini begitu menyentuh hati apabila mendengar bacaan Sheikh Amir dalam solat terawih. Suaranya yang merdu mengingatkan kembali momen solat di Masjidil Haram, satu kenangan yang pastinya dirindui oleh ramai. Hari ke-10 Ramadan di Masjid Madad terus meriah dengan tradisi berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Walaupun hari bekerja, ramai yang tetap meluangkan masa untuk

Suasana Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Masjid Madad

Menikmati waktu berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat sememangnya suatu pengalaman yang amat berharga. Suasana di Masjid Madad pada waktu ini dipenuhi dengan jemaah yang datang bersama ibu bapa, pasangan, anak-anak, serta rakan-rakan. Ia menjadi satu detik kebersamaan yang mengeratkan silaturahim dalam bulan penuh keberkatan ini. Malam ini juga merupakan malam kedua dan terakhir bagi

Keindahan Tarawih di MADAD: Sebuah Malam Penuh Keberkatan

Malam ini, suasana di MADAD benar-benar dipenuhi dengan keberkatan dan kehangatan ukhuwah Islamiah. Jemaah yang hadir begitu bersemangat menunaikan solat tarawih, seolah-olah tidak mahu berhenti. Dengan keimanan yang kukuh, mereka menikmati setiap rakaat, merasakan ketenangan dan kedamaian dalam ibadah. Ustaz Fahmi Asraf bertindak sebagai imam, manakala Ustaz Hari Mulya menggalas tugas sebagai bilal, menjadikan pengalaman

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.