MADAD Festival 2025 bukan sekadar acara makan-makan semata-mata. Alhamdulillah, Team Madad telah menyusun pelbagai slot kerohanian setiap hari, memberikan peluang kepada para pengunjung bukan sahaja untuk menikmati hidangan yang lazat tetapi juga untuk mengisi jiwa dengan ilmu dan hikmah.
Malam pertama festival ini berlangsung dengan penuh semangat walaupun hari bekerja. Keadaan di khemah utama begitu meriah dengan kehadiran ramai pengunjung, begitu juga di khemah makan yang dipenuhi orang ramai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada TG Sheikh Zainul Asri dan team qasidah adik-beradik atas pembukaan yang begitu indah untuk MADAD Festival 2025. Kehangatan suasana ini pastinya menjadi kenangan berharga buat semua yang hadir.
P/s: Sudah tiga malam hujan turun, jadi jangan lupa untuk bersedia dengan payung! Jumpa anda di MADAD Festival 2025!







