Kuliah Dhuha – Pengajian Kitab (Penawar Bagi Hati)

Jemaah Penuh Semangat, Walaupun Kesesakan Luar Biasa Hari Ini

Pagi tadi, Sungai Petani dikejutkan dengan kesesakan luar biasa. Jalan penuh sesak, puas juga berpusing mencari laluan alternatif. Alhamdulillah, akhirnya sempat juga sampai ke MADAD! 😊

Menariknya, meskipun jem panjang, masjid pagi ini tetap meriah dengan kehadiran jemaah. Walaupun cuti sekolah, rumah Allah penuh dengan wajah-wajah yang penuh keikhlasan. Semoga semangat ini terus kekal dan istiqamah, insyaAllah. 🕌

Minggu ini juga penuh keberkatan dengan kehadiran para jemaah kiriman Tuhan. Syukur, nikmat yang tidak ternilai.

Untuk anda yang berada di Perak, jangan lupa! Kuliah 2 hari akan bermula malam ini. Jom kita jumpa di sana! ✨

Jom kita dengarkan sesi perkongsian penuh, klik link di bawah :

https://fb.watch/vT-Tu46W4_/


Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Kem Cuti Sekolah MADAD: Gabungan Ibadah, Adab & Kemahiran Sunnah

Cuti sekolah bukan sekadar masa rehat. Ia adalah window of opportunity untuk membina asas sahsiah, ibadah dan keyakinan diri anak-anak. Atas kesedaran ini, MADAD Centre memperkenalkan Kem Cuti Sekolah MADAD — sebuah program holistik yang merangkumi pembangunan rohani, disiplin diri dan kemahiran sunnah. Apa Yang Anak Anda Akan Pelajari? Kem ini direka secara berstruktur dan

Pengajian Dhuha MADAD | Allah Dekat, Kita yang Jauh

Pengajian Dhuha di MADAD Centre kembali berlangsung seperti biasa dengan kehadiran jemaah yang sentiasa dirindukan, khususnya selepas tempoh cuti. Walaupun masing-masing mempunyai komitmen dan urusan tersendiri, hubungan jemaah dengan MADAD tetap terpelihara, dibuktikan dengan kesudian mereka untuk singgah dan bersama dalam majlis ilmu yang dianjurkan. Pada sesi kali ini, MADAD Centre berbesar hati menjemput sahabat

Dakwah Kontemporari di Eropah: Keperluan Pendekatan Kreatif dan Berstrategi

Perjalanan dakwah Islam di Eropah masih panjang dan mencabar. Walaupun statistik menunjukkan peningkatan penerimaan Islam di beberapa negara Eropah, angka semata-mata tidak mencukupi sekiranya tidak disertai dengan kefahaman, penghayatan dan pengamalan yang sebenar. Hakikat ini menuntut pendekatan dakwah yang lebih kreatif, relevan dan selari dengan realiti generasi muda masa kini. Dalam konteks semasa, sukan muncul

Peranan Masjid dan Isu Penutupan Selepas Waktu Solat: Satu Renungan

Isu penutupan masjid selepas waktu solat sering menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat, termasuk di Malaysia. Namun, fenomena ini bukan hanya berlaku di peringkat tempatan, malah turut diamalkan di beberapa negara lain dengan konteks dan latar belakang yang berbeza, termasuk di Maghribi. Di Maghribi, sebahagian besar masjid ditutup sejurus selepas selesai waktu solat, dan jemaah

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.