
Hari ini, MADAD sekali lagi menjadi saksi kehadiran ribuan jemaah yang datang dengan penuh semangat untuk menimba ilmu bersama Ustaz Elyas. Alhamdulillah, majlis ilmu ini benar-benar memberi manfaat kepada semua yang hadir.
Lebih mengagumkan, hampir 20 buah bas rombongan memenuhi kawasan MADAD—membawa pencari ilmu dari pelbagai tempat. Inilah yang dikatakan jemaah kiriman Tuhan, datang dengan hati yang lapang dan niat yang tulus untuk mendapatkan keberkatan.
Seperti biasa, tidak lengkap suasana di MADAD tanpa jamuan istimewa. Hari ini, bubur lambuk sedap guling-guling menjadi hidangan buat semua. Bukan sekadar mengisi perut, tetapi juga menyambung tradisi berkongsi rezeki sesama jemaah.
Semoga setiap langkah yang hadir ke sini diberkati Allah dan ilmu yang diperoleh menjadi cahaya dalam kehidupan. Jumpa lagi di majlis ilmu seterusnya, insyaAllah!
Saksikan rakaman penuh sesi Kuliah melalui link dibawah:



















